Pages

Friday, November 30, 2012

Klinik Pergigian di Senawang

Assalamualaikum semua...

Sape suke jumpa Dr Gigi? Me x ske, takot. Hehe. But everything berubah since my elder sis jadi dentist. Dah jumpa hari2 xdela takot kan. Plus, dia sangat lembut okay. Walaupun sekarang sy ada panel klinik gigi lain, sy x penah pg klinik panel tu sebab dah selesa dengan my sis. 

my sis aka Dr Gigi

Alhamdulillah, baru-baru ni my sis dah bukak klinik gigi sendiri di Senawang and lagila senang nak dapatkan rawatan dari dia. Entry ni sekaligus nak promote klinik my sis to every potential customer especially yang bermastautin di area Senawang untuk ke Klinik Pergigian Shaida kat Taman Cempaka, Senawang. Yang duduk area lain kalau singgah Senawang tetibe tersakit gigi bolehla jgk datang sini. Datang taw. Tapi xdela makan2, untuk rawatan gigi je.



Rate untuk rawatan lebih murah berbanding area Selangor and KL. Kalau nak buat bleaching ke, gigi palsu ke bolehla try ke sini sebab sekarang tgh ada promosi. Untuk waktu rawatan pulak, klinik dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Setiap hari tu termasuk Ahad taw. Isnin - Khamis and Sabtu dibuka dari 9.00 pagi sampai 9.00 malam. Untuk Ahad pula, 9.00 pagi sampai 5.00 petang. (Kasi can Dr berehat dengan family) Boleh refer waktu rawatan kat bawah untuk pemahaman yang lebih jelas.



Some piccas sekitar klinik. Checkidawwt:

 My sis with assistantnye

 waiting area 1

 children area

 danish pon nak tolong mama

 waiting area 2

Setakat ni interior klinik masih dalam proses penambah baikkan lagi. InsyaAllah ade rezeki nanti boleh hias sana sini.

 Jom pakat mai ramai2. Hehe. 

Alamat klinik :

Klinik Pergigian Shaida
No. 41 Jalan Cempaka 28
Pusat Komersial Cempaka
70450 Senawang
Seremban 
N. Sembilan.

Contact Number :

019-2776401 

Website :

Klinik Perigigan Shaida


Memandangkan soalan berkaitan kadar rawatan tak putus2 since saya buat entry ni. Saya pon mengambil langkah bijak menyenaraikan kadar rawatan untuk semua. Saya ni selalu outstation sebenarnye. So kesian kat orang yg tanya duk tunggu saya jawab berminggu2 jugakla kekadang tu. Everyone...kindly refer range harga rawatan di bawah ye:

Tampalan Kanak-Kanak

Amalgam @ warna gigi = RM30 - RM40

Tampalan Dewasa

Amalgam (Warna Silver) = RM45 - RM90
Warna Gigi - RM50 = RM100

*harga bergantung pada saiz tampalan
Cabutan Kanak-Kanak

Gigi depan tanpa injection = RM25
 Gigi depan dengan injection = RM30
Gigi geraham = RM40

Cabutan Dewasa

Gigi depan = RM45 - RM90
Gigi geraham = RM50 - RM95
Surgeri = RM250 - RM350
**jahitan tambah RM10
*harga bergantung pada kadar kesenangan cabutan

Rawatan Akar @ Root Canal Treatment

Gigi depan = RM250
Gigi geraham kecil = RM300
Gigi geraham besar = RM400

*untuk sebatang gigi

Gigi Palsu

Tapak = RM70
Setiap batang gigi = RM25
Repair gigi palsu = RM25 - RM35

Braces

*ini soalan faveret sgt ni...saya cume bagi range harga. Ape-ape boleh jumpe Dr and consult untuk harge penuh ye ;)

 Conventional system = RM3,500 - RM5,000
Damon system (ni yg latest) = RM5,500 - RM6,000
Damon clear = RM6,500
Retainer biasa (atas & bawah) = RM400
Retainer essix (clear) - atas & bawah = RM600
 Lain - lain

Crown @ Bridge (1 unit) = RM500
Bleaching @ putihkan gigi = RM500
**untuk pertanyaan lebih detail boleh call direct no kat atas atau lebih senang datang klinik consult ngan Doktor. No worries. Akak saya orang paling lembut dalam dunia pada saya. Siyes ni.

Thursday, November 29, 2012

Uninvited "Person"

Assalamualaikum semua...Morning...

Dengala ni. Hehe. Taw x everytime I want to ask for an opinion @ cerita @ gosip2 with my lil sis I akan start with babe, dengala ni. Nampak tak tajuk kat atas? Sy gigih ni sampai ofis terus bukak blog and start menaip. Semalam umah saya kena masuk pencuri.


Sekarang ni memang keadaan dah makin x selamat. Banyak kan kes macam ni. Huhuh. Takotnyela. Macam ni ceritanya taw, semalam saya balik macam biase je. Macam xde ape2 yang berlaku. As usual, saya solat asar dulu baru baring2 sambil tengok tv. 

Tup2 my housemate ketuk pintu. The conversation start:

S = Saya @ Sha
L = Liza
N = Nana

L = Aishah ade masuk bilik kte x?
S = Xde. Nape liza?
L = Laptop nurul (sepupu liza yg stay with her) hilang.
S = Kte x masuk pon. Salah letak kot.

Liza terus ketuk bilik Nana.

L = Nana ade masuk bilik kte x? Laptop Nurul hilang.
N = Laa...yeke. Kte x masuk bilik Liza. Liza x kunci ke?
L = X. Kte memang x pnah kunci pintu. Yang peliknya kte blk tadi pintu berkunci.
S = Hah? Sape amek?

Conversation bersambung dengan hangatnya. Nurul siap cite yang wayar laptop kat ruang tamu pon xde. Pakej lengkapla pencurik tu amek. Yang memelikkan is, the pencuri seems to have the key to enter the house sebab xde lansung kesan pecah masuk. Plus, P amek satu benda tu je. Xde langsung kesan geledah and at first we thought P aim bilik Liza because it was unlock. Tapi...

P = pencuri durjana. Malas nak taip panjang2. Hehe.

When masing2 masuk bilik. I start observing things in my room when I suddenly noticed yang my so called tabung kawen (syiling je ye) dah berubah tempat. Bila angkat sah ringan. When I open the tabung adela seciput je yang P tinggalkan for me. But to compare with the laptop memang x tercomparela kn. Huhuh.

Sy pon kecoh satu rumah okeyh. Sebabnya P boleh masuk bilik sy dengan senang tanpa ade sebarang kesan. Heh. Sangat licik taw ini orang. Then Nana start cuak and start godek2 bilik dia plak. Guess what she found. Puntung rokok and bekas air kotak yang bukan dia punya. What?!!! P ni sangat melampau okay. Ktorang pon conclude yang die melepak kt bilik nana okeyh. Siap minum air kotak sy lagi yang dalam fridge. Mase ni sume dah start menggigil. Seriously, hati ni tuhan je taw. Dup dap dup dap. We start thinking bout the worst thing that could happen. Ya Allah, lindungilah kami dari perkara buruk dan perbuatan jahat. Amin.

Sy dari tadi sibuk cakap nak report polis bagai. Tapi bila fikir2 balik, when Liza lost her car polis x amek tindakan susualan pon. Inikan pulak kes kecit macam ktorang ni kan. Then ktorang setuju xyah report polis. Plan B is to tukar all the tombols and access to the house. Tapi kn...bila ktorang fikir punya fikir. Bilik Nana ngan saya yang berkunci pon P boleh masuk, macam x guna bila tukarkn. Plan C, to move out from the house. Plan agreed.



Cuba tengok kalendar jap arini bape aribulan? Dah 29/11/2012 okay. Sangatla suntuk mase untuk ktorang kemas2 and cari tempat nak pindah. Alhamdulillah masing2 ade tempat jugak untuk berteduh sebelum jumpa rumah lain. Sape nak sedekah rumah kt saya area Kajang. Haha.

My dad sampai suruh sy berulang from Senawang. Bila kira tol sahaja pon dah RM300 sebulan. Memang x berbaloi. But I know my parents are worried bout me. Huhuh. Terharu. But in the same time rase bersalah sebab buat mak & ayah risau pasal saya. Sowi mak. Sowi ayah.

p/s : Sila berhati-hati ye kawan-kawan suma. Put extra safety precaution.

Wednesday, November 21, 2012

Bandung : Day 2

Assalamualaikum dan selamat petang sume...
Sambung review Bandung. Eyh...dah day 2. Kalau nak bace balik day 1 boleh klik sini. Bukan main lame entry ni terperuk as draft. Hehe. Ampun. Sy bz sangat. Tanpa membuang mase jom tengok ape sy buat on 2nd day. Alhamdulillah kami sekeluarga sempat ke Kawah Putih, Situ Patengan, and Restoran Kampoeng Sawah.
Kawah Putih 

Ape yg menarik kt kawah putih ni ye.  View dia subhanAllah cantik. Bau belerang die kuat sangat. X sesuai duk lame2. Kami ke sini naik kenderaan yang same untuk jalan2 sekitar Bandung. Ade dua option samada naik kenderaan sendiri atau yang disediakan. And dua2 option kena bayar per head. Tapi siyes lupe bayaran. Maafin aku dong. Layan gamba yok. 










Situ Patengan


Okeyh...kt situ patengan ni yg beshnye sejuk and ade stroberi yang sgt banyak. Ala2 Cameron Highlands gitew. Yang special kt sini is tasik situ patengan die kalau x silap sy. Maaf kalau sy silap. Sila beri teguran membina. Ade disediakan boat kalau nk pusing tasik. Tapi ktorang x naik pon. Sekadar amek gamba, makan stroberi, beli souvenir ngan makan pisang. Hehe.

 ladang teh ala2 Cameron

 le tasik situ patengan

belakang tu boat untuk pusing tasik

 us minus my BIL sebab dia tolong amekkan gamba

makan pisang beramai2...nom3

Restoran Kampoeng Sawah


Restoran ni cantik and konsep dia unik. Selain ada tempat makan dengan view yg cantik kt sebelah tu disediakan satu kolam ikan gurame (popular dish kt restoran ni - a bit pricey). Ape yg unik? Dia bela trus ikan gurame tu dalam large scale pond. Banyakkkk sangat ikan dalam tu. Pelawat boleh bagi makan sambil lepak2 kt situ. Danish dan Cicanye skali super excited tengok ikan yang banyak tu taw. RM10 jugakla ktorang abeskan untuk beli makanan ikan sebab enjoy tengok ikan tu makan. Hehe. Pandai betul tokey die buat duit. Customer bagi makan ikan (makanan ikan kena beli kt restoran tu). Bila ikan tu besar die serve balik kt customer.


 ni menu yang kami pilih...xde ikan gurame sebab mahal. lagipon da makan masa day 1


 salah satu landscape kt tengah2 kawasan restoran

 banyak tak ikan tu? kalo close up nampak mulut ikan tu muncong2 rebut makanan

* tatawla Day 3 akan di sambung bila. haha. mane nk update wedding preps. mane nak qada cite dari bulan 1 lg. huhuh. entry pg Taiwan pon da lame terperuk. hehehe. sabo je la.


Monday, November 19, 2012

Krabi : Verangan Mood

Assalamualaikum semua...

Saya ada proposal yang perlu disiapkan. Saya x sedar diri, jadi sy verangan. Haha. Sy tengah cari photographer untuk cover wedding sy nanti. Sambil-sambil tu duk la usha pakej getaways kt Groupon. Hikhik (gelak gedix). Jom ikut sy verangan.


 bergambar kt sini

 main2 air die yg SubhanAllah cantiknye

 kayaking dengan en husband to be...hikhik...gatal

 menikmati panorama indah (romantik mode)


Drooling. Nak3. Nak pg Krabi. Tapi boleh x encik tunang sy tanya aritu "Perlu ke pergi honeymoon?" Nampak x sinar harapan sy yang makin pudar tu. Nampak x? Uwaaa. Sedih.

Dah2la verangan cik aishah. Sambung siapkan proposal. Hehe.

Gamba sy pinjam kt En Google ngan En Groupon. Macih. Jasamu dikenang.

Friday, November 16, 2012

Photographer Hunting

Assalamualaikum semua...

Satu lagi pada saya main thing yang perlu diambil kira untuk wedding preparation ialah gambagrapher. Sayang kalau x dirakam detik-detik indah yang berlaku dalam hidupkan. Nak-nak lagi detik istimewa yang cuma sekali dalam seumur hidup dilalui. Walaupun ada juga yang kate "Alaa...album tu lepas kawen duk la berabuk bawah katil, kadang-kadang terus x nampak bayang". Tapi...saya tetap rase penting untuk saya ada kenangan terindah untuk hari bersejarah saya nanti. InsyaAllah.

Ikutkan hati ni banyak je photographer yang menambat hati. Cuma pakej yang ditawarkan lari dari budget sy. Huhuh. Ni lah dia penangan bila orang berselera besar dengan bajet yang ciput. Hehe. Gigit jari je la. Jom tengok photographer idaman sy. Gambar mereka cantik di mata sy






Kalau perasan. Gamba pelamin idaman saya tu pon diambil oleh G.I Photoshoot. :)









AdamLuqman Photography






Wanzero Wan

Suggested by my BFF. Thanx mrul. :) First sy view gamba dalam album fb wanzero wan sy teruja. Hehe. Gamba die sangat unik dan lain dari yg lain di mata sy. Bukan sekdar bergambar, tapi ade cerita di sebalik gamba. Checkidawwt:







picture credited to CikSweety85



Acaii Jawe






p/s: Kalau nak view more picture bolehla klik je nama photog yang berkenaan ye. Saya sekadar amek dr en google. Siyes banyak lagi gamba2 cantik yang dihasilkan oleh mereka yang hebat ni. Hopefully tuan gamba x marah. Huhuh. Ampun.

Sume cantik2. Rambang mata saya. Most probably will go with AdamLuqman Photog insyaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.

Wednesday, November 14, 2012

Awal Muharam

Assalamualaikum semua...

InsyaAllah kita akan melangkah ke tahun baru 1434 H esok dan meninggalkan tahun 1433H petang ini. 

Adalah sangat2 digalakkan kita semua mengakhiri tahun Hijriyah dan menyambut tahun baru Hijriyah dengan doa supaya kita memperolehi keampunan atas dosa2 dan kesilapan kita pada tahun ini di samping ganjaran pahala atas segala amal perbuatan yang baik dan diredhaiNya kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pemurah.

Caranya baca Doa Akhir Tahun ini kira2 15 minit sebelum Azan Maghrib sebanyak 3X (sama ada berseorangan dan lebih baik berjemaah di surau atau masjid)

Umat Islam sangat2 digalakkan memulakan tahun baru Hijriyah 1434 dengan membaca doa Awal Tahun di atas sebanyak 3X selepas solat Maghrib supaya sentiasa mendapat pemeliharaan Allah dari gangguan Syaitan serta tenteranya termasuk Nafsu Amarah yang berada dalam diri kita dari kejahatan dan semoga kita terus dapat melakukan ketaatan serta mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. InsyaAllah.




*semoga tahun mendatang lebih baik dari sebelumnya, semoga kita semua dilimpahi rahmat, berkat, keampunan, rezeki, kesihatan dan kesejahteraan dari Allah SWT. AMIN.