Pages

Tuesday, February 26, 2013

Wedding Puan Mah

Assalamualaikum dan selamat petang semua,

Bulan ni dan seterusnya mungkin blog ini akan diabaikan cket. Saya bz sesangat ngan kerja. Persiapan kawen pon ke laut. Huhuhu. Tapi takpe, saya tetap akan cari masa untuk mengarang entry, blogwalking and tinggal kesan kt blog kawan2 mane yang sempat. Kali ni saya nak review wedding blogger comel dan sangat rajin menDIY. Sape lagi kalau bukan puan mah comel.




Alhamdulillah...setelah banyak kali plan nak pg kenduri kawan b2b. Berjaya jugakla sampai kenduri puan mah on 2 Feb 2013 yang lepas. Hikss...nampak sangat da lame berlalu kan. Ampun...x smpat review. Plus tunggu gamba tambahan. Hahaha. Alasan. Thanx to linda comel sebab sudi email gamba kt sha. Syg linda ketat2. Boleh? Hehe.

Nak mula dari mane ek? Okay2. Saya datang dengan wati (housemate sy). Ktorang gerak around 11.30 pagi dan smpai lebih kurang kul 12 lebih. Mase tu duk text dengan cik awin comel and sya comel. Cik awin sampai dulu tapi saya yang pegi kt khemah dulu. Mase cari parking tu kn...bersyukur sgt sebab saya pakai kete kecit. Dapatla menyelit kt celah2 parking yang ade. Hikhik.


entrance yg comel gittew...ade sangkar2 cinta
 
Kebanyakkan gamba adalah hak milik cik linda comel ktew ye. Pasal gamba ni pon satu hal. Saya ni xde kamera digital. Sobs2. Jadi gunela tab yang gabak tu untuk ambik gamba. Asekla menyusahkan wati, tunang linda and tunang sya. Abes segala orang yang ade saya suh ambikkan gamba. Tu bila malas ckp kt linda...nanti linda share gamba puhlease...Hehe.

sha + cik awin comel

center piece puan mah yg di DIY

Masuk2 je disambut mesra oleh mak and macik puan mah. Macik puan mah ambik hadiah pastu trus suh ktorang makan. Padahal masa tu hati meronta nak pg kt guestbook. Sabo dulu. Pastu call cik awin tanya ktne. Cik awin x kua kete lagi rupenye. Ambik makanan, pastu ambik gamba jap trus makan. Tengah makan kepala jenguk sana sini. Nampak linda. Pastu baru cik awin datang. Salam pelok2. Then ktorang makan semeja sambil borak2. Cik awin bagi kad kawen comel. Lepas makan ambik gamba lagi. Haha. Penoh dengan sesi mengambil gamba ye. 

Makanan memang sedap. Walaupon saya x makan daging saya sangat suka lauk daging kt kenduri puan mah. Rase rugi plak ambik cket je. Nak tambah malu. Haha. Tapi memang catering puan mah superb. Kalaula dekat mesti saya dah recommend kt famili. Dah sudah makan baru taw ada cendol. Sebab teruja nak ambik gamba I is lupakan niat menikmati cendol. Haha.

Lepas makan p jumpa linda. Pastu ktorang terjahla khemah pengantin. Pengantin tengah bersanding. Ktorang pon dukla ambik gamba dekat candy corner. Sempatla ktorang ambik gula2 buat ole2. Hehe. Pastu bila puan mah da gerak ke meja makan ktorang pon ambik alihla pelamin indah yg tengah available tu. Haha.

 ada macam2 kt candy corner...chocolate fountain tu memang tempting, tapi perut da penoh



 cantikkan pelamin puan mah :)


sebab cantik ktorang pon posingla

Memandangkan nak tunggu b2b lain untuk ambik gamba sekali ngan puan mah ktorang pon terjah photo booth. Sempatla sambung sesi camwhore. Haha. Suke3. Barula sy sempat meninggalkan wasiat buat puan mah comel dalam guest book. Haha. 

 guestbook corner

 tinggal jejak jap

posing time...us = happy

X lame lepas tu cikCT comel datang. Ktorang salam2 pelok2 sambung borak2. Then diyana comel sampai. Sedondon berbaju hijau dgn EH D. Hehe. Sweet je. Pastu nampak sya comel. Tapi sya laju je masuk khemah. Haha. X sempat panggil. Last2 ktorang pg kt sya, salam2 pelok2. Tunggu sya makan baru gerak jumpa puan mah and sesi bergamba bermula dengan jayanya.

diyana + cik awin + sya orked + hubby puan mah + puan mah + me + cikCT + wati

Overall memang sme cantik dan menarik masa wedding puan mah. Deco, warna tema sweet, baju puan mah lawa, makan sedappp, seronok jumpa kawan2 b2b. Lupe plak satu benda, doorgift pon sedap. Saya dapat makan cket je sebab anak buah sibuk habiskan kek tu. Hikss. Puan Mah...sha doakan semoga berbahagia hingga hujung nyawa. Amin.

cantik!!! suke sangat bila tengok kek puan mah ni.sempat snap gamba potong kek.

psst : Pn mah...balik tu sha tunjuk gamba kt akak, rupenye hubby puan mah anak pada pakcik abg ipar sha. Kiranya kte ade bau2 bacangla kan. Boleh gittew? Hehe. 

**sape pegi kenduri cik awin...insyaAllah xde aral sha pon nak pg.jom jumpa lagikk...

Thursday, February 21, 2013

Quick Update : 93 days to go

Assalamualaikum semua,


Rindu kt sy tak? Hehe. Budak gedix is back. Lame sangat ni x jenguk blog. Bulan ni sangatla banyak benda terjadi. Sampai tak sempat nak update 100 days. Dah terlepas dah. Ni kira dah 93 days je tinggal before sy kawen. Progress siyes macam siput. Yang buat sy takot sesangat is baju nikah. Tak bergerak lagi ni. Malam ni kena kerja keras. Pheww...

Saya baru je balik dari cuti demam. Demam 5 hari jugakla. Tu yg x muncul2 kt blog org tu. Huhuh. Pastu bz outstation. Bz dengan projek yang baru nak mula. Bz dengan persiapan kaweng. Bz membzkan diri. Hikhik.

Alhamdulillah setakat ni ayah dah book imam kul 9 am. Pasni dah boleh atur jadual. Pastu set masa ngan bridal and photoG. Selasa aritu berjaya pg buat HIV test kt klinik kesihatan Putrajaya (presint 9). Pg sorang je. Sampai Dr tersilap ingat org laki yg register sebelum saya tu tunang sy. Hahaha. Klaka2. En tunang buat dulu kt tempat dia. Pasni nak update checklistla.

Ape lg ek. Tu je kot. Kate quick update. Nanti sy mengomel panjang2 lagi. Contest rumah kebaya pon x siap2 lg ni. Hehe. Review kaweng cik mah pon pending ni. Ampun. Saya bz dong. At last...xdela berabuk sgt x berupdate. Hehehe.

psstt: saya dah start DIY bunga manggar. hoyeah...nanti sy tunjuk gamba eyh.

Tuesday, February 5, 2013

Contest by Rumah Kebaya Malaysia

Assalamualaikum semua,

Bila sebut rumah kebaya malaysia, i'm sure my lovely kawan2 b2b mesti kenal punya kan. I'm sure all b2b mesti excited kalau RKM sudi sponsor your attire for your special day kan. Imagine jap. Gorgeous lace with beautiful beading. Up to date style yet still maintaining the traditional element of kebaya. Drooling. I want...I want. Sape xnk kan.

Well...ada good news for all b2b around the world yang akan melansungkan hari bahagia pada tahun ini. Yes. This year bebeh. 2013. Chop2. Let me put the banner first so that all of you dapat clear view of what's haypening. Hikss...


Okay...boleh lap air liur. Tutup mulut dan start bertindak sekarang. Hurry up gurlz. Sape nak bagi penajaan RM3500 senang2 kn. Memang terase mcm retis gittew. Boleh klik link di bawah untuk pilih 5 gamba yang uolls suke. Iolls pon nak start bekerja keras nih. Hehe. Goodluck gurls. :)


*Thanx Sara sebab inform pasal contest ni. :)

Friday, February 1, 2013

Review Kedai Barangan Pengantin

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Seperti yang dijanjikan, nak review pasal kedai. Macam biasa, sebab saya suka google je segala benda yg nak dicari. Jadi saya pon merajinkan diri review pasal kedai barangan pengantin ni. Orang kata give and take gittew.

Sebelum ni saya ada baca banyak review dari b2b and ex b2b berkaitan kedai murah kt chow kit. Nama kedai tu kedai bunga vivian. Rasenya faymes jgk kedai ni. Orang kata kt situ murah. Bukan sorang dua, ada jgkla dekat 10 review sy baca. So apa lagi, excited ajak housemate pg sana. Ktorang naik pengangkutan awam a.k.a lrt & monorail.

Ada 2 destinasi yg ktorang nak pg. Chow kit & Jalan TAR. Discuss2 jap then decide pg chow kit dulu. Untuk location kedai tu, kalau rajin boleh google. Kalau x rajin mcm saya, tanya je orang kedai situ, kebanyakannya akan taw dan baik hati bgtaw jalan. Mungkin akan sesat cket2 je. Hehehe.

Kedai Bunga Vivian, Chow Kit

source from here

Excited btol masa masuk kedai ni. Walaupun kedai dia kecit, tapi barang memang banyak. Pastu bila tanya harga pon korang memang akan rasa murah. Layanan pon tip top. Ada sorang pekerja akan ikut je korang and tanya korang nak beli ape taw. Pakej bagi pendapat pon disediakan. Saya ni memang jenis suka orang bagi idea. Sebab kalau duk pilih sorang2 mulala blur. Pastu end up beli barang salah. Harga dia jugak bergantung pada kuantiti barang yang dibeli. Lagi banyak lagi murah.

Saya beli kotak utk letak doorgift. Tapi gamba xdela. Harga asal RM0.30 sen, sebab beli 1000 pcs dapat RM0.25/pc. Untuk jar pulak harga asal RM1 rasenye. Tapi kalau beli 600 pcs ke atas kalau x salah dapat RM 0.80 sen. Tu contohla. Tapi harga mungkin berubah kalau beli lepas raya cina bak kata pekerja dia. Sebab sume tu bergantung pada pembekal. Jadi saya pon trusla beli barang2 yg diperlukan tanpa berfikir panjang.

Kedai Sin Yin dalam Semua House

source from here

Kedai dia turun tangga ke bawah belah kiri. Ade jual sangat banyak barang. Besar dan tempat selesa berbanding kt chow kit tadi. Masa masuk sini ternampak kotak2 and beg2 doorgift. So, gatal nak pg survey harga. Huhuhu.

Cari punya cari jumpa kotak exactly macam sy beli cuma corak je lain cket. But still cantik. Harga RM0.21 sen sahaja okay. Saya tak pg tanya lagi kt kaunter dapat kurang lg tak kalau beli banyak. Rugi RM40 di situ. Pastu belek lagi yang lain. Macam jar kt situ dapat harga RM0.60 sebiji. Pastu beg kain doorgift yang ada tangkai, kat vivian saya beli RM0.60 sen satu, kedai tu RM0.40 sen je okay. 

Kesimpulannya. Surveyla dahulu kalau rajin. Kalau tak rajin pilihla dengan bijak ye. Huhuhuh. Jangan terburu-buru nak membeli. Harga ni sebenarnya ada turun naiknya. Mungkin nasib tak menyebelahi saya, terkena harga kurang murah. Hope membantu la yang mencari kedai besh untuk beli barang pengantin. Ke saya buat korang lagi kompius. Ampun. Larik.

*tadi google jumpa review kedai yg same siap bergambar kt blog junior saya masa sekolah and u dulu. bolehla klik sini untuk tengok.
*pastu latest sy bace kt sini, rupenye ada satu kedai lagi yang sy terlepas pandang sebab dia kt aras u5. kena naik lif. bolehla terjah ye. kedai sayang you.