Pages

Wednesday, October 29, 2014

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis kt blog yang selalu di anak tirikan ini. Hehe. Sabo je la. Sebelum saya terlupa detik2 saya melahirkan puteri kesayangan saya. Bolehlah buat kenang-kenangan masa hadapan. Hopefully boleh jadi panduan untuk mommy to be out there. Sebab masa dah dekat due date saya pon sibuk google pengalaman bersalin orang. Bagus untuk panduan first time mom khusunya. Jom #throwback ke bulan Ogos yang lalu.

Okay...due date sebenar saya ialah pada 12 Ogos 2014. Tapi...disebabkan saya ada masalah kencing manis time pregnant, Dr nasihatkan untuk bersalin awal which was on 8 Ogos 2014. Dengan kata lain kalau tak keluar tanda apa2 saya kena serah diri kat KPMC Kajang pada 8/8/14 tu. Nak dijadikan cerita...jeng3;

5/8/2014
5.30 am
Bangun pagi tu tengok ada darah mcm darah period. Darah saya banyak memang macam period. Keluar bilik air btaw husband. Husband tanya nak bersalin da ke? Saya pon terus excited. Haha. Sebab da x larat nak bawak perut pg keje. Boleh x camtu? Pastu call mak n mak mertua bgtaw pasal kua tanda

10.00 am
Trus pg KPMC nak refer Dr. Sampai2 nurse comei hantar naik atas untuk cek jalan. Yup...kena seluk. Alhamdulillah tak sakit sebab akak yang buat tu berpengalaman kot. Dia cakap bukaan baru 2 cm. Nampak darah2 kt glove dia da start seram. Akak tu tanya nak warded trus tak? Dengan yakinnya saya jawab xnak boleh x? Sebab biasa bukaan lambat kan kak. Haha. Lupe...lagi satu diorang pasang CTG untuk tengok contraction. Contraction da ade tp mild. Paling tinggi 114 kot. Akak tu macam nak suh trus warded sebab dia ckp contraction saya da agak konsisten. Tapi saya duk la cakap xnak warded dl. Selepas berdiskusi, bidan yg agak senior call Dr. Dr suh datang balik kul 8 malam untuk warded. Saya trus ajak HB pg jalan2 kt Metro Kajang kononnya nak suh bukaan jalan cepat.

Masa ni tak sakit lagi...tu yang boleh senyum...Ngee

11.30 am
Jalan2 kat metro Kajang makan2 pastu trus balik umah. Balik tu saya still monitor contraction saya. Masa tu da start rasa senggugut cket2. Tapi saya buat dek je. Kemas2 rumah sikit pastu packing barang cket2 sebab nanti da nak kua umah sewa. Pastu tido jap nak dapatkan tenaga meneran nanti. Haha.

8.15 pm
Sampai KPMC trus masuk bilik. Pastu nurse datang anta baju suh tuka. Relax2 jap. Tapi da start berdebar once tuka uniform tu. Hehe. Rasa macam...eyh...da nak bersalin da ke. Huhuh. Seram tapi tak saba nak jumpa my pwincess. Around kul 9.30 camtu Dr datang nak cek bukaan. Masa Dr seluk ni sakit. Rupanya sebab dr tolong cepatkan bukaan. Huhuh. Sabo je la. Bukaan baru 3 cm. So Dr decide suh induce. Adeh...start induce ni la yg tak tahan. Sakit contraction jadi double.

10.00 pm
Mak, kak nor, abg yuci, danish and delisha sampai. Ayah and jimah tak ikot sebab tak larat. Nurse datang masukkan ubat berak. Nurse kua je pintu berdesup saya masuk toilet. Clearkan sumenye. Tapi...haih...x clear jugak rupanya. Nanti saya cite time kt labor room ape jadi. Hehe.

11.00 pm
Duk melayan contraction sambil borak ngan mak. Masa ni memang start sakit sesangat da. Alhamdulillah mak ada, tolong gosok2 n urut2 kaki saya  nak legakan rasa sakit tu sikit. Syukur sangat mak ada teman saya. Tapi sakit tu dtng sesekali. Sy try praktikkan teknik bernafas. Bila time sakit tu datang rasa macam nak terputus dua badan. Macam pinggang tu direntap2...masa sakit tu saya cume sebut Allah. Time tak sakit je baca "Lailahailla anta subha naka inni kuntu mina dzolimin" and zikir2 lain. Teknik pernafasan tu alhamdulillah membantu jugak. 

Masa ni masih boleh senyum walaupon sakit

11.30 pm
Dr datang lg cek bukaan. Masa ni bukaan saya tetap 3 cm. Dr pecahkan air ketuban saya untuk cepatkan bukaan. Bila Dr tengok saya macam sakit sangat dia offer epidural. Saya tolak mentah2. Memang da pasang niat xnk ambik epidural. Dengan harapan xnk anak kena vacuum. Tapi harapan tinggal harapan je pasal vacuum tu. Sedih tapi redha je dengan ketentuanNya. Ouh ye...lepas Dr pecahkan ketuban tu saya muntah banyak sangat.

12.00 am
Masih lg menanggung kesakitan. Time ni la saya asek rasa nak berak. Huhuh. Memang kemuncak sakitla. Pastu panggil nurse cakap da nak berak ni. Nurse cek tapi bukaan masih 3 cm. So pasrahla saya di situ. Tapi nurse offer ubat tahan sakit lain. Benda tu akan buat saya ngantuk. So saya setuju je sebab saya memang nak sangat tido untuk simpan tenaga tapi x boleh. Bila sakit tu datang memang terangkat2 badan sy. Huhuh. Sakit sesangat. Macam 100x ganda sakit dari senggugut saya yang teruk. Lepas je kena cucuk ubat saya ngantuk. Alhamdulillah dapat tido. Walaupon sakit masih terasa tapi memang kuatla ubat tu, saya jadi ngantok sampai boleh lupela tengah sakit.

1.45 am
Kak Nor, Abg Yuci, Danish and Delisha balik dulu. Mak tinggal sebab nak jaga saya. Saya da start terjaga cket2. Alhamdulillah dapat jugak tido dengan lena hampir 2 jam. Bersyukur sangat3.

2.00 am
Sekali lagi rasa macam nak berak sangat3 terasa so saya panggil nurse. Bila cek...bukaan da 4 cm. So trus tolak saya naik wheelchair pg labour room. Dalam hati saya berdoa sesangat supaya tak perlu tunggu lama dalam LR. Mak mintak nak masuk jugak tapi nurse cakap cuma seorang je dibenarkan masuk untuk teman. Trus husband suh mak rehat tido dalam bilik dulu. Kesian kat mak sebab dari tadi duk berjaga urut2 sy. Jadi bermulala episod En HB meneman isteri yang asekla cakap saya rasa nak berak da ni. Haha. Barula taw kenapa orang duk cakap nak berak bila baby da nak kua. Sebab rasanya memang camtu.

Alhamdulillah husband sangat bersabar dengan saya. Masa masuk LR ni kesan ubat tu masih ada. So saya tahan jgkla sakitnya. Habis je kesan ubat saya memang rasa sakit sesangat. Setiap kali sakit tu saya sebut Allah. Da tak tersebut ayat panjang lain. Pastu husband tak putus2 ajar teknik pernafasan. Bila sakit datang saya memang tak tahan sgt memang terabur la teknik pernafasan sume tu.

Sampaila saya rasa nak berak sesangat2. Nurse cek bukaan baru 5 cm. Pheww...ingatkan da 8-9 cm masa tu. Haha. Saya asekla tanya akak...lama lagi ke? Last2 bila saya da tak tahan sangat nurse suh saya duk mengiring. Kurangkan cket rasa sakit. Memang membantu. Saya rasa okay cketla. Tapi sakit tetap sakit. Wuwuwuw...masa tu memang rasa insaf sangat. Terasa besarnya pengorbanan seorang ibu. Memang bertarung nyawala rasa. 

5.30 am
Nurse sebut da pukul berapa. Cek lagi bukaan saya da 8 cm. Dr datang da masa ni duk tanya keadaan saya. So masa ni memang nurse bagi saya teran sambil saya mengiring tu. Untuk cepatkan lagi bukaan. Memang masa tu saya teran abes2la. Sebab memang saya tak tahan sangat rasa macam nak teran. Masa ni la saya terberak betul2. Hahahaha. Sampai saya rasa pelik manala datangnya. Bukan tadi da clear sume ke. Masa saya asek teran tu husband duk pesan jugak, suh saya simpan tenaga nak teran btol2 nanti.

6.00 am
Dr da sedia. Masa ni bukaan da complete 10 cm. So Dr memang suh saya teran bila rasa sakit. Saya pon start meneran ditemani dengan azan Subuh. Tapi sebab first time kan...sy tak berapa pandai curi nafas. Saya teran pendek. Dr and nurse ajar teran panjang cket. Tapi tak menjadi sangat. Nak xnk terpakse guna bantuan vacuum. Lepas tu mula la nurse sume bagi galakkan untuk saya teran. Mr HB kat sebelah memang x lepas tangan saya. Duk bagi semangat and galakkan. Teran punya teran, Alhamdulillah habis je azan Subuh (tepat pukul 6.10 am) keluarla my little pwincess ke muka bumi Allah ni. Dr tunjuk baby Hana kat saya and tanya boy ke girl. Saya senyum and jawab girl. Terus nurse bawak baby Hana keluar untuk dibersihkan. Mr HB ikut sebab nak azan and iqamatkan. So tinggalla saya untuk Dr keluarkan uri and jahit.

Pastu husband masuk balik LR and inform saya nak solat jap. Ouh ye...ngilu masa benang tu masuk kt daging tu terasa jgkla. Hehe. Tapi overall alhamdulillah tak sakit sebab Dr da bius. Lepas selesai sume lame jugakla saya rest dulu kt LR sebelum ditolak masuk semula ke bilik naik wheelchair. Balik bilik tu terus peluk mak. Rasa lega sangat, bersyukur sangat sebab Allah permudahkan dan pelihara sy dan anak sy. Semuanya selamat.

Walaupon penat, balik bilik tu saya tak tido sebab tak saba tunggu nurse hanta baby Hana naik. Lama jugakla menunggu sampai Mr HB memang da pengsanla sebab kepenatan berjaga sepanjang malam. Kesian Mr HB. 

7 lebih am
Nurse datang bawak baby Hana.
Husband yang tengah syok tido pon bangun sebab x saba tengok anak. Terus ambik gamba untuk hantar kt family. Wiwiwiwi...Alhamdulillah. Dipermudahkan semua urusan. Saya bersyukur sangat3 Allah makbulkan doa saya, xnk lame2 kt LR, lame2 tahan sakit. Syukur sangat3 atas anugerah terindah dan amanah yang comel yang Allah berikan.



Dua2 gamba masa hari pertama. Pipi penuh. Hehe. No wonderla saya duk mengah2 bawak perut. Syukur sangat baby Hana sihat dan selamat.

psst: Overall saya sangat3 puas hati dengan layanan dan servis yang diberikan oleh warga kerja KPMC Kajang. Terharu sangat dengan layanan nurse2 comei dan bidan yang baik hati kat sana. At least kurang cket rasa sakit sepanjang proses bersalin tu sebab diorang sentiasa menenangkan saya and ingatkan saya untuk ingat pada Allah dan bersabar. In shaa Allah ada rezeki lagi saya akan bersalin di sana. Cerita ni banyak scene yg dah cut. Kalau cite sume sekali panjang bebenor.

(^_____~)

Monday, October 13, 2014

Alhamdulillah...dah dua bulan pon usia si kecit

Assalamualaikum semua,

Ya Allah...agak2 blog ni merajuk tak dengan saya. Pheww...berbulan-bulan blog ni ditinggalkan begitu saje. Alasan biasa...tuan blog bz. Nak2 lagi sekarang bz melayan si kecit.

Alhamdulillah...6 Ogos 2014 yang lalu saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal delivery pada pukul 6.10 pagi. Betul2 lepas azan subuh. Pasal detik2 melahirkan budak tecit tu nanti saya cerita. Haha. Janji lagi. Jangan janji dicapati lagi sudah. Berapa banyak draf ntah yang ada tak sudah karang. Lepas tu terbiar camtu je. Hehehe. Nasibla blog ni dapat tuan yang pemaleh.

Okay back to tajuk entry. Alhamdulillah da dua bulan usia puteri saya. Nama diberi Hana Irdina. Membawa maksud rezeki tanpa susah payah dan kehormatan kami. Masa keluar ke dunia ni berat Hana 3.3 kg. Latest masa timbang kt klinik aritu 5.2kg. Ya...dia membesar dengan jayanya sebab minum susu dengan sangat berselera.

Malas nak bebel pepanjang. Jom cuci mata tengok gamba Miss Hana Irdina.

 Fresh from perut mama lepas dibersihkan - day 1

 Ni masa dalam hari lagi...day 5...Hana sedu

 Ni masih ada rambut sebelum cukur - day 12

 Masa majlis aqiqah Hana - day 33

 Dah sebulan lebih - day 40 (4 hari lg mama nak abes pantang)

 Hana dah dua bulan...baru blk dari klinik pakar...Hana seseme and batuk - day 62

Budak happy sebab dapat jalan2 Sabtu lepas...her first outing pg mall

Sekarang saya rajin melayan instagram sebab senang nak bukak. Hehe. Kalau rajin jom la follow memollow. Hikss.