Pages

Tuesday, January 29, 2013

2 in 1 - Kerja Sambil Camping

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua,

Keluar hutan je da nak masuk bulan 2. Bila fikir pasal preparation nak kawen trus cuak semacam. Ramai b2b yg dah makin hampir dengan hari bahagia. Sy harap perjalanan majlis mereka berjalan lancar dan dipermudahkan, InsyaAllah. Kalau xde aral siyes teringin sgt nak pergi majlis kawan2 b2b. Nak sangat jumpa.

Okay, mukadimah je meleret. Seminggu ni saya pg outstation kt Terengganu. Masuk hutan buat sampling. Sambil bercamping. Tapi xla sepenuhnya tdo kt hutan. Most of the time tdo dalam sleeping bag kat kabin. Hehe. Memandangkan sekarang musim hujan, bercomot2 main selut sebab hilux sangkut. Hanyut sebab air deras sangat masa seberang sungai. Ni yang terpakse dilalui masa latest trip last week.



Despite of all the things yang bunyinya tak menarik sangat. No peplum, no dress, no perfume. Instead pakai treksuit dan tshirt bersama tudung sarung dengan selapis sunblock. Sunblock itu perlu ye sebab dah nak kaweng. Hahaha. Saya happy dengan kerja saya. Hopefully lepas kahwin pon en tunang tetap bagi izin sy outstation.

Pendapat saya pasal camping. Sedikit seksa. Hehe. Sebabnya saya diuji cketla time tu. Jadi pengalaman x besh menyebabkan saya membuat konklusi camping itu sama dengan seksa. Tapi seksa cket je pon. The rest is awesome. Saya sukakannya. (haha...pinjam ayat lisa surihani jap) 

Biasanya kalau masuk hutan ni, untuk kerja saya makan masa 3 hari je maksimum. Jadi xdela lama sangat. Pastu masa ni memang terputus dari dunia luar sebab xde coverage lansung. Monitoring plak buat dekat sungai. Memang xdela nak naik ketekan. Ktorang naik bot. Pastu kalau air tengah surut bot naik ktorang. Haha. Tipu2. Ktorang kena tolak bot meredah batu2. Selalu luka2 taw sebab batu tajam dan licin. Rosak kulit iolls yg memang berkerak ni. Huhuh.

Pastu nak tambah sadis lagi, kalau air laju bot boleh terbalik. Alhamdulillah sepanjang tiga kali saya join trip monitoring ni bot saya tak terlibat dengan apa2 insiden. Masa first2 trip masuk sume naif lagi taw, jadi memang xde kesedaran pasal kemungkinan bot terbalik ni. Sudahnya diorang (masa ni sy x join lg) makan alas plastik je. Pastu masak nasi dalam buluh. Sebabnya segala kelengkapan tenggelam. Kesian kan. Sungai dia ade yg dalam ade yang cetek. Varies along the span gittew. Tapi view dia subhanallah. Cantiknye. Sampai rase nak pg every month je rase.

air dia hijau :)

First trip saya pg okay. Second trip tu saya pg musim hujan. Ade satu malam tu sy tido dalam air. Sejuk menggigil kot. Saba je la. Tu yg buat saya rase seksa. Tapi makan besh. Ikan fresh. Sape penah makan ikan daun? Budak-budak ni kail, dapat terus goreng rangup2. Pastu sape kenal ikan bujuk. Rupa dia agak x menarik, corak2 batik yang lintang pukang. Tapi rase die sedapp. Menjilat jari u. Ape lg ek? Ikan tengas kalau tak salah. Trip pertama ktorang pg bajet nak balek hari. Tak nak camping. Pg memang sehelai sepinggang. Tup2 air surut. Perjalanan dari sepatutnya sejam makan masa 2 jam. Berkeroncongla perut ktorang. Dapat ikan tengas ktorang bakar. Makan macam tu je tanpa garam atau ape2 pon sebab x bawak. Tetap rasa sedapp. Haha. Lapa punya pasal.

Haa...bab mandi ngan shishi masalah. Nak2 lagi membuang air besar. Punyala x selesa sebab dalam trip tu memang penuh ngan budak laki. Kalau ade teman sorang perempuan kira bersyukurla. Kadang2 kte sorang2 je perempuan taw. Kalau jadi camni orang paling risau is my mum. Saya rilex je sebab memang suke je bila outstation. Bosanla kalau selalu duduk ofis. 

*Saya bersyukur sebab tak diganggu. Penah jgk denga trip lain yang pg diganggu sampai meracau2 time tido. Yang nampak tu xyah citela. Ktorang memang pg tu tempat baru taw. Jadi memang ada kemungkinan mengganggu tempat dia. Tips : jangan tinggal solat and mengaji taw. InsyaAllah pg mane2 selamat (ingatkan diri sendiri jugak ni). Sebab bergantung dengan Allah tu lebih baik. :)

Monday, January 21, 2013

My First Peplum Ever

Assalamualaikum and morning semua,

Alhamdulillah. Suke3. Yeayness. My trip to chow kit led me to this cute peplum. Beli rabu (masa sy EL tu), esoknya khamis trus pakai. Hikhik. Excited okay. Jap nak tunjuk peplum tu.

Comel x? yang hitam tu lace...so dapat double. peplum with lace.
sebab ramai yg tanya harga sy letak terus kt sini. sy beli RM39, lepas puas tawar dr harga asal RM45. :)

Sesuai x? Setakat ni masa tunjuk kt housemate, housemate cakap okay dan comel.

* masa pakai peplum all the girls duk tanya beli mana and sume yang jumpa cakap lawa baju, sukela, nampak berserila. so...sy buat conclusion syok sendiri sesuaila kot sy pakai peplum. boleh ke camtu. haha.

** tapi kan...en tunang cakap xyah pakai baju fesyen2. buat baju kurung je. terus sentap dan mendiamkan diri. hehehe. tapi sy ni degil, tetap nak meneruskan idea asal. most probably nak go with dress idea instead of peplum.

*** arini nak gerak pg outstation smpai sabtu. tolong tengok2kan blog boleh? hehe. (^____~)

Wednesday, January 16, 2013

Inai ke Henna

Assalamualaikum semua,

Arinikan...kte ambik EL. Semata-mata sebab nak follow housemate pg jalan TAR. Hikhik. Syhhh...jangan report kat bos kte taw. Pagi tadi sms sume ofismate termasuk bos kunon2 ade hal yang perlu diuruskan. Poyo je kan. Pastu arini dari pagi sampai petang meronda KL. Pergi chow kit semata-mata nak pg kedai bunga vivian. Ramai b2b kata situ murah. Pergi sane memang rambang matala. Tapi nanti saya share info sket berkenaan tu ye. Sebabnya entry ni nak cite pasal inai @ henna. 

Alang2 ke jalan TAR saya teringin nak try henna corak2 tu sebab time kahwin xleh pakai bahagian atas. Request kat mak nak buat kt tapak tangan. Da dapat green light tryla test taw. Jakun je sebab first time buat. Hehe. 



Plan asal nak buat tgh2 tu je. Disebabkan design satu tgn 5 hengget. Saya suhla die buat penoh2. Hehehe. Tgh2 tu buat love cantum konon2.

*Muka excited dapat apa yang diidamkan. Alhamdulillah dapat tick semua items dalam checklist arini. Syukur sangat. Nanti saya buat  review kedai taw. (^____^)

Tuesday, January 15, 2013

Progres Baju Nikah

Assalamualaikum semua,

Masih ingat tak angan-angan gigih saya nak jahit baju nikah sendiri? Saya cerita kat sini. Yo o je perempuan sorang ni. Hehe. Mak ade jugak cakap "Yelah tu adik nak jahit baju sendiri, mak tengok tak berusik pon kain tu." Hoh...terus rase tercabar dan mengeluarkan kertas untuk melakar pola. Hehe. Gelabah je kan. Pastukan...dengala ni. Nak cite ni. Progress berjalan baik setakat ni. Alhamdulillah. Allah bagi kekuatan dan keyakinan untuk saya teruskan.

ni la kain saya :)

Dah siap gunting untuk base dalam. Semalam Emma da trimkan. Alhamdulillah. Yeayness. Kalau rajin baru proceed dengan jahitan. Nak tengok? Hyep...mane boleh. Tak surprisela baju I (haha...padahal sebab takut kena kutuk x cantikkan). Pastu aritu nak gunting untuk bahagian luar. Ukur punya ukur, sekali kain x cukup plak. Mana taknya, aritu dapat kain hujung taw. Kain da nak abes. Tinggalla 3 meter. Tanya akak yg jual tu ckp x nak buat dress. Laju2 dia jawab cukoppp. Kalau dress biasa memang lebih dari cukup. Iolls nak buat kembang setaman, memangla x cukop. Jadi kenala beli kain lain.

Pastukan...lepas trim mintakla Wati tolong tengokkan okay ke x. Sekali dia kate pola saya tu tak mengikut dress yang sy nak tu. Lebih pada dress jubah biasa. Camtula lebih kurang. Pastu kan, bermulala kelas melukis pola yang betul ye adik2. Haha. Pola dah siap. Kain x beli lagi. Hiks. Malam ni baru nak sambung sesi hunting kain. Nak berjimba-jimba hilangkan stress kt ofis. 

 kalaulah mampu ke sini...mood verangan lagi

Pastu nak kena cari kain untuk tempah peplum jugak ni. Asekla mengingatkan diri yang awak ni pengantin bajet, tapi masih tak mampu menolak nafsu yang meronta-ronta nakkan peplum yg comel itu. Macam mane? Haih. Sabo je la.

 tetibe in love with this

*Ape2 pon pray hard semoga Allah permudahkan semua urusan. Amin.
*pics courtesy of google

Monday, January 14, 2013

Gelang Hantaran

Assalamualaikum semua,

Arini internet kt ofis bermasalah pulak. Dah nak petang ni baru jumpa solution. Sabo je la. So nak update cket progress untuk hantaran. Setakat ni boleh kata progress untuk barangan 80% selesai. Sunglasses en tunang blom sampai. Jam saya blom beli. Tinggal dua tu dan makanan.

mencari ini sampai nak patah pinggang saya, en tunang = cerewet :p
Source : Google.

Last weekend saya berjaya mengempiskan poket en tunang dengan membeli gelang. Hikhikhik. Alhamdulillah. Akhirnya selesai jugak beli gelang. Orang kata dekat-dekat raya cina harga emas turun. Pastu saje ajak family usha2 harga. Memang turun sket dari rate mase beli cincin aritu. Pastu tengokla design2 yang berkenan di hati. 

Pilih punya pilih jumpala satu gelang ni 2 in 1 taw. Dia ada dua design berbeza atas dan bawah. Paham tak agaknya ek. Saya beli gelang taw, bukan rantai tangan. Kalau gelang ni, bila kte pakai nampak atas je. So gelang yang biasa dia design bahagian atas. Jap2. Tepek gamba satu.

   Macam ni taw...ada corak kt atas je kan. Bawah bese. Saya punya, dua2 ada design yg berbeza. Macam gelang 2 in 1. Source : Google.

Tetibe rase ayat belit xleh blah. Jadi pada yang tak paham, buat2 paham boleh. Hehe. Sowila. Saya bukan cikgu. Kehkehkeh. Pastu amek gamba tunjuk kat en tunang. Boleh plak dia kate gelang tu pelik. Cheesecake sunggoh. Seb bek pastu dia ckp "Kalau awak suke sy pon suke". Gittew. Sedap cket hati saya. Hahah.

Jadi selamatla duit mengalir seperti air. Tapi xpe beli emas, orang kata boleh jadi aset. X gitu. So, sape2 nak kawen beli emas sekarang sebelom harga emas melambung lebih tinggi. Nanges i beli gelang ni taw walaupon duit en tunang yang keluar. Huhuhuh. Mahal bebenau (bagi sayala).

* Ayah dah suh bagi gambar untuk uruskan borang2 nikah dan urusan yang berkaitan. Rase macam x percaya lagi 4 bulan nak jadi isteri orang. Excited dalam debar = Gatal + Neves.

Wednesday, January 9, 2013

Alhamdulillah Rezeki

Assalamualaikum dan Selamat Petang semua,

Arini busy dan penat cket sebab ada site work. Alhamdulillah. Sampai2 ofis tadi dapat parcel. Ape ada dalam parcel tu? Hehe. Comel sangat isi dalamnya. Nak tengok? Jap2...Tadaa...


Comel x? Comel kan. Bersyukur sangat pada Allah dan sangat3 berterima kasih pada si pemberi yang syomel. Jap kte tepek gamba awex yang pemurah dan syomel ni.


Acik...sha pinjam gamba ye syg.

Panggilan manja acik. Comel macam orangnya. Sape setuju senyum sekarang. Hehe. Kalau nak lawat acik tekan je kat gamba atau nama kat caption tu. Nanti anda semua akan terus dibawa ke blog acik

Alhamdulillah. Ade jugak rezeki sha kan acik. Syukur3. Thanx a lot Acik. InsyaAllah ada rezeki nanti sha punya turn pulak utk return the favor. InsyaAllah.  (^____~)

Friday, January 4, 2013

Doorgift Idea

Assalamualaikum semua,

Since lepas tunang aritu kan, doorgift is the first thing yang saya terfikir. Sibuk blogwalking ke blog b2b and mantan b2b. Banyak sangat idea2 menarik. Contoh:

1. Surah Yassin @ Ma'thurat

 source from google...cantik tapi harga pon cantik RM10 / pcs

source from here...comel je kan

2. Gift dalam jar (boleh letak cookies, kerepek, kacang, biskut yg ade topping warna warni tu and macam2 lagi.

 from google

3. Muffin @ Cupcakes


source from here...tetibe lapa plak tgk muffin ni

4. DIY CD surah2 pilihan



5. Tasbih


alahai comelnye tasbih ni

Bulan 11 and 12 aritukan banyak kenduri. So banyak jugakla koleksi jar tu kt umah. Pastu mak pon suggest utk buat camtu. Saya okay je. Masa tu da terfikir nak DIY utk hiasan and letak kerepek sedap2 dalam tu. Pastu idea tu tergantung camtu je sebab rase awal sangat nak prepare.
Bila fikir punya fikir. Saya terase nak bagi yassin plak. Dengan niat nak pahala berpanjangan sebab bagi benda yang bermanfaatkan. Dah siap2 google2 and mintak quotation from certain vendor. Dapat paling murah 0.80 sen (2000 pcs - combine ngan doorgift en tunang) untuk customized Yassin. Pastu mintak pendapat En Tunang, Family ngan FFIL. En Tunang macam bese okay je malas nak layan tunang dia ni. Bila tanya mak en tunang pon okay je sebab nak bahagi sorang seribukan. Hehe. Tibe tang family sendiri tidak mendapat persetujuan. Terus cancel.

Last2 aritu mak suh bagi muffin je. Mak kate senang. Xyah nak susah2 DIY. Sobs2. Beli muffin yang ada pakej dengan bekas sekali. Saya pon macam bese menggunakan khidmat En Google untuk cari muffin yang besh tapi murah. Haha. Ampun...saya pengantin bajet. Pastu jumpala yang harga 0.80 sen jugak tapi kurang pasti include packaging ke x. Kena google blk sebab link x ingat letak mane. Huhuh. Tapi kena beli dulu untuk rase. Sedap ke tidak ke. X beshla kalo bagi sekadar cukup syaratkan.

Tetibe teringat muffin yang saya makan kt Aeon. Yang harga kadang2 99 sen, kadang2 1.20 sen tu. Sy suke. Family sume pon suke. Persoalannya diorang nak ke amek tempahan yang banyak? Haha. Ikotkan hati ni nak je pg tanya kat sane terus. Tapi x berkesempatan nak pg lagi. 

"Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.Amin." 

Thursday, January 3, 2013

First Time menang GA

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah...Syukur sangat3. Petang semalam Sya Syg inform saya pasal giveaway by Mrs Nelly Bouquet. Saya pon laju2 pg terjah blog Mrs Nelly. Syarat dia sangat simple. Nak tgk bolehla ke blog Mrs Nelly Bouquet. Walaupon pemenang da cukup tapi ada kejutan lain taw utk b2b yang x sempat nak join the GA. Jadi apa kata terjah blog Mrs Nelly and follow beliau untuk sebarang update.

Nak tengok contoh HB by Mrs Nelly? Cantik!! Jap2...sy letak gamba


2 kat atas ni jenis dual tone spiral - comel kan...sy suka sebab nampak penuh

 yang ni pulak single tone petal

 yang ni dual tone petal
*gambar pinjam dari blog Mrs Nelly

Sume comel2la. Geram je tengok. Alhamdulillah saya berjaya jugak jadi pemenang. Yang paling beshnya. Mrs Nelly ni siyesly baik hati, bukan takat bagi satu. Maximum sampai 3 HB yang pemenang boleh pilih. Alhamdulillah. Jimat bajet untuk HB. Syukur3. Terima kasih sekali lagi yang tak terhingga pada Mrs Nelly. Saya doakan Mrs Nelly berjaya mengembangkan bisnes dan dilimpahi rezeki selalu. Amin. InsyaAllah. (^____^)

p/s : bagi yang berminat nak dapatkan hb ni, Mrs Nelly ada buat promosi taw sekarang, 20% off kalau order sebelum 25 January 2013. Kalau berminat klik je kat nama Mrs Nelly kt atas ni.