Assalamualaikum semua,
Ya Allah...agak2 blog ni merajuk tak dengan saya. Pheww...berbulan-bulan blog ni ditinggalkan begitu saje. Alasan biasa...tuan blog bz. Nak2 lagi sekarang bz melayan si kecit.
Alhamdulillah...6 Ogos 2014 yang lalu saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal delivery pada pukul 6.10 pagi. Betul2 lepas azan subuh. Pasal detik2 melahirkan budak tecit tu nanti saya cerita. Haha. Janji lagi. Jangan janji dicapati lagi sudah. Berapa banyak draf ntah yang ada tak sudah karang. Lepas tu terbiar camtu je. Hehehe. Nasibla blog ni dapat tuan yang pemaleh.
Okay back to tajuk entry. Alhamdulillah da dua bulan usia puteri saya. Nama diberi Hana Irdina. Membawa maksud rezeki tanpa susah payah dan kehormatan kami. Masa keluar ke dunia ni berat Hana 3.3 kg. Latest masa timbang kt klinik aritu 5.2kg. Ya...dia membesar dengan jayanya sebab minum susu dengan sangat berselera.
Malas nak bebel pepanjang. Jom cuci mata tengok gamba Miss Hana Irdina.
Fresh from perut mama lepas dibersihkan - day 1
Ni masa dalam hari lagi...day 5...Hana sedu
Ni masih ada rambut sebelum cukur - day 12
Masa majlis aqiqah Hana - day 33
Dah sebulan lebih - day 40 (4 hari lg mama nak abes pantang)
Hana dah dua bulan...baru blk dari klinik pakar...Hana seseme and batuk - day 62
Budak happy sebab dapat jalan2 Sabtu lepas...her first outing pg mall
Sekarang saya rajin melayan instagram sebab senang nak bukak. Hehe. Kalau rajin jom la follow memollow. Hikss.






