c l i c k 2

Showing posts with label Wedding Preparations. Show all posts
Showing posts with label Wedding Preparations. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Signage

Assalamualaikum semua,

Nak cite cket progress nak kaweng. Last weekend macam bese sibuk mengemas itu ini. Siapkan mana yang patut. Balik umah jumaat petang tu I saw this...


 Terkejut + terharu

Saya terus tanya mak "Sape yang baik hati ambikkan untuk adik ni mak". Mak pon jawab "Orang sebelah yang ambikkan". Ya Allah...baiknya jiran saya. Saya memang tak terkata ape. Cuma mampu cakap terima kasih je. Yang kelakarnya my jiran cite balik detik2 diorang ambik signage tu. Siap kena jatuhkan seat belakang sebab x muat nak letak kt bonet. Pastu dalam kete diorang duk gelak2 cakap Najib ngan Khairy tumpang kete ktorang arini. Haha.

Semalam ayah pon start mengerjakan signage tu. Utk suit our usagela kan. Xkan nak guna yang gabak tu. Saya bukan nak berkempen pong. Hehe. Proses2 menyiapkan signage atau penunjuk arah saya.

 awal2 mase nak buat masih bertenaga

 dah siap ayah sangatla fenat...sampai malam tu demamla...nanges saya.suka susahkan ayah & emak...sobs2

Ayah gigih btol menyiapkan signage tu sensorang. Abg ipar tolong kejap sebab mak dah bising suh dia tido. Malam tu dia nak pg kelantan ambik barang adik dia yang baru abes blaja. So sayala yang tolong ayah. Tu pon x dapat tolong banyak sangat. Sekadar ambik barang itu ini, pas itu ini. Nak ketuk paku pon fail. Wuwuw...pastu siap tangan luka. Saya memang tak sah buat keje xde tanda. Dan hasilnya.

 Alhamdulillah

Time akak saya kawen dulu, kul 1 pagi saya, abang ngan adik duk jalan cari signage orang kt traffic light. Recycle yang dah ade je kononnye. Haha. Pastu masing2 duk tolak masing2 suh pg cabut. Ingatkan kul 1 da x ramai orang. Ade jugak. X reti tido gamaknya diorang ni. Kali ni xyahla sume susah2. Da siap da. Hehehe. Suke3.

*Alhamdulillah my sis selamat lahirkan baby girl Sabtu lepas. Walaupun baby pre mature, alhamdulillah she is fine. Aktif lagi. Cuma masih ditahan untuk rawatan rapi. 

**Arini saya dapat hadiah kaweng yang pertama dari ofismate. Sebab En John x dapat datang awal2 da bagi saya hadiah. Hehe. Alhamdulillah. Jazakallah En John and family.

 Saya da janji nak bukak lepas majlis.

Wednesday, May 8, 2013

Goodies aka Buah Tangan

Assalamualaikum dan selamat petang semua,

Hah...semangat terus datang lepas sebulan tak menaip. Gittew. Ehehe. Saya beli tasbih cinta dengan puan mah comei. Tasbih tu akan dimasukkan dalam bekas syiling kecit2 untuk diberi pada keluarga dari Kedah. Tasbih yang saya tempah warna purple and pink. Cantik!!! Macih puan mah syg. Untuk keluarga kedah jugak ayah prepare bungkusan makanan berkat. Camtula lebih kurang orang panggil.

pn mah...pinjam gamba ye

Pastu untuk tetamu sayang saya yang hadir saya bagi muffin. Muffin saya berjaya tempah kat la boheme dalam jusco atau nama barunya yang berbelit lidah nak sebut aeon. Wee...Masih ingat entry pasal saya tanya boleh tak tempah kat jusco. Entry doorgift idea tu. Jawapannya boleh sayang2ku. Harga saya dapat RM 0.99 sen per pcs untuk tempahan 1000 pcs ke atas. Tempahan boleh dibuat 2 minggu before majlis.

saya pilih yang base vanilla tapi campur2...haruslah kan...kate pencinta vanilla...ehehe

Untuk kids yang omey2. Maaf ibu bapa sekalian, saya terpaksa bagi lollypop swirl yang comel tu (faktor menyumbang pada kerosakan gigi ni...ngee). Sebab budak omey2 patut dapat benda yang omey2 jgk. Ngee. Saya bagi lollypop seketul je. Aci x. Hehe. Nak gula2 lain serbu candy buffet ye. Nanti akak letak banyak2. Haha. Lepas makan gosok gigi taw.

blom beli lg...takut bersemut beli awal2.hehe.

Tu je la kot untuk goodies. Simple2 je untuk bajet saya yang simple juga. Gamba credited to pn mah dan google.

Candy Buffet

Assalamualaikum semua,

Pagi ni nak cakap pasal candy buffet. Mula-mula kan saya tak terfikir pong nak buat candy buffet ni. Almaklumla bajet ciput. Jadi mana yang x perlu saya memang terus buang dari senarai. Sampaila this one fine day my sis tanya, tak buat ke candy buffet, macam besh je orang tgk. Hehehe. Da ade orang start saya pon mula la semangat terlebih. Dari nak buat yang biasa terus teruja nak buat chocolate fountain bagai.

 hehe...warna tema sayala...tapi saya guna chocolate biase je kot

So saya pon start searching for the best package. Sume macam over my budget yg seciput ni je. Huhuhu. Then I opt for sewa chocolate fountain je. Bila tengok term yang diberikan I was like...lecehnya. Kena return the chocolate fountain machine within one day and sume machine yg avail dekat area selangor. Rumah saya nun kt senawang, negeri sembilan tu. Sape pulakla nak hantar balik machine tu kn. Last2 saya beli je. Pasni boleh sewakan and gunakan for upcoming event. Aci x? Hehe.

 macam sedap je kn...tapi saya punya 3 tier je.kecit2 comel2 je.jadila kn... (^___^)

Jadi...insyaAllah akan adala candy buffet with chocolate fountain masa my wedding nanti. Alhamdulillah. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin. Dah tinggal 3 jumaat je ni. Wee...seronok campur debor. Saya da apply cuti. Semangat x? Hehe.
 

Wednesday, March 27, 2013

I'm Back

Assalamualaikum semua,

Sape rindu saya? Sila senyum sekarang. Hehe. Lepas hectic week and macam2 benda yang terjadi. Boleh kata dugaan paling besar sepanjang bertunang. I'm finally getting back in track. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji kita dengan dugaan yang tidak mampu kita tanggung.

Thanx a lot to everyone of you especially to all my lovely friends. You know who you are. Hehe. Sudi bagi kata2 semangat to me. Kadang2 even one word like sabar, rilex and chill pon da cukop utk ubat hati saya yang sedang gundah gelana. Siyesly, thanx a lot gurls. Love you all to the max.

Update cket progress kawen. Buat point formla, senang nak bace;
  • Semua borang kebenaran bernikah da setel. Thanx to ayah yang menguruskan semuanya. Saya prepare document yang perlu je. Alhamdulillah. 
  • Kad kaweng pon da tempah (ayah bising cket sebab lambat sgt,hikss).
  • Rumah utk family kedah da book.
  • Ape lg ek, baju nikah masih lg dalam proses menambah baik. Kepada yang tanya, tidak sayang2ku, saya x jahit sepenuhnye. I is penjahit amatur, tak sanggup rosakkan baju nikah sendiri. Cantum2 bolehla, bahagian leher, zip sorok saya serah pada yang pakar. Haha.
  • Langsir mak tengah gigih siapkan. Sayang mak banyak5.
  • Bunga manggar pon terkial2 lg nak menyiapkan ni. Ni saya share gamba seperti yg dijanjikan. Ampun lambat.
sila abaikan botol sos kt belakang...hehe.bunga puan mah pon interprame

Tu je update setakat yang saya ingat. Sepanjang x update blog da byk kawan b2b yang dah pon selamat menjadi yang halal buat pasangan. Cuma iringan doa je yang saya mampu sampaikan. Semoga hubungan kawan2 dirahmati Allah dan dikekalkan sehingga hujung nyawa. Amin. (Awak3 aminla same) (^____~)

Wednesday, March 6, 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum semua,

Di pagi yang hening ni, saya curi mase utk update blog yg terabai ni. Kesian dia kurang kasih syg. Saya baru nak tido lepas learning hard to siapkan my baju nikah. Syukur...syukur...syukur ya Allah. My housemate membantu 70% dalam menyiapkan baju saya. Still banyak yang perlu ditambah baik. Presenting my solemnization attire yg togel (still in progress). InsyaAllah. Hangat dari mesin jahit ni taw.


Nite2 sume. Nak tido to recharge my energy for better tomorrow. InsyaAllah. (^____^)

Thursday, February 21, 2013

Quick Update : 93 days to go

Assalamualaikum semua,


Rindu kt sy tak? Hehe. Budak gedix is back. Lame sangat ni x jenguk blog. Bulan ni sangatla banyak benda terjadi. Sampai tak sempat nak update 100 days. Dah terlepas dah. Ni kira dah 93 days je tinggal before sy kawen. Progress siyes macam siput. Yang buat sy takot sesangat is baju nikah. Tak bergerak lagi ni. Malam ni kena kerja keras. Pheww...

Saya baru je balik dari cuti demam. Demam 5 hari jugakla. Tu yg x muncul2 kt blog org tu. Huhuh. Pastu bz outstation. Bz dengan projek yang baru nak mula. Bz dengan persiapan kaweng. Bz membzkan diri. Hikhik.

Alhamdulillah setakat ni ayah dah book imam kul 9 am. Pasni dah boleh atur jadual. Pastu set masa ngan bridal and photoG. Selasa aritu berjaya pg buat HIV test kt klinik kesihatan Putrajaya (presint 9). Pg sorang je. Sampai Dr tersilap ingat org laki yg register sebelum saya tu tunang sy. Hahaha. Klaka2. En tunang buat dulu kt tempat dia. Pasni nak update checklistla.

Ape lg ek. Tu je kot. Kate quick update. Nanti sy mengomel panjang2 lagi. Contest rumah kebaya pon x siap2 lg ni. Hehe. Review kaweng cik mah pon pending ni. Ampun. Saya bz dong. At last...xdela berabuk sgt x berupdate. Hehehe.

psstt: saya dah start DIY bunga manggar. hoyeah...nanti sy tunjuk gamba eyh.

Friday, February 1, 2013

Review Kedai Barangan Pengantin

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Seperti yang dijanjikan, nak review pasal kedai. Macam biasa, sebab saya suka google je segala benda yg nak dicari. Jadi saya pon merajinkan diri review pasal kedai barangan pengantin ni. Orang kata give and take gittew.

Sebelum ni saya ada baca banyak review dari b2b and ex b2b berkaitan kedai murah kt chow kit. Nama kedai tu kedai bunga vivian. Rasenya faymes jgk kedai ni. Orang kata kt situ murah. Bukan sorang dua, ada jgkla dekat 10 review sy baca. So apa lagi, excited ajak housemate pg sana. Ktorang naik pengangkutan awam a.k.a lrt & monorail.

Ada 2 destinasi yg ktorang nak pg. Chow kit & Jalan TAR. Discuss2 jap then decide pg chow kit dulu. Untuk location kedai tu, kalau rajin boleh google. Kalau x rajin mcm saya, tanya je orang kedai situ, kebanyakannya akan taw dan baik hati bgtaw jalan. Mungkin akan sesat cket2 je. Hehehe.

Kedai Bunga Vivian, Chow Kit

source from here

Excited btol masa masuk kedai ni. Walaupun kedai dia kecit, tapi barang memang banyak. Pastu bila tanya harga pon korang memang akan rasa murah. Layanan pon tip top. Ada sorang pekerja akan ikut je korang and tanya korang nak beli ape taw. Pakej bagi pendapat pon disediakan. Saya ni memang jenis suka orang bagi idea. Sebab kalau duk pilih sorang2 mulala blur. Pastu end up beli barang salah. Harga dia jugak bergantung pada kuantiti barang yang dibeli. Lagi banyak lagi murah.

Saya beli kotak utk letak doorgift. Tapi gamba xdela. Harga asal RM0.30 sen, sebab beli 1000 pcs dapat RM0.25/pc. Untuk jar pulak harga asal RM1 rasenye. Tapi kalau beli 600 pcs ke atas kalau x salah dapat RM 0.80 sen. Tu contohla. Tapi harga mungkin berubah kalau beli lepas raya cina bak kata pekerja dia. Sebab sume tu bergantung pada pembekal. Jadi saya pon trusla beli barang2 yg diperlukan tanpa berfikir panjang.

Kedai Sin Yin dalam Semua House

source from here

Kedai dia turun tangga ke bawah belah kiri. Ade jual sangat banyak barang. Besar dan tempat selesa berbanding kt chow kit tadi. Masa masuk sini ternampak kotak2 and beg2 doorgift. So, gatal nak pg survey harga. Huhuhu.

Cari punya cari jumpa kotak exactly macam sy beli cuma corak je lain cket. But still cantik. Harga RM0.21 sen sahaja okay. Saya tak pg tanya lagi kt kaunter dapat kurang lg tak kalau beli banyak. Rugi RM40 di situ. Pastu belek lagi yang lain. Macam jar kt situ dapat harga RM0.60 sebiji. Pastu beg kain doorgift yang ada tangkai, kat vivian saya beli RM0.60 sen satu, kedai tu RM0.40 sen je okay. 

Kesimpulannya. Surveyla dahulu kalau rajin. Kalau tak rajin pilihla dengan bijak ye. Huhuhuh. Jangan terburu-buru nak membeli. Harga ni sebenarnya ada turun naiknya. Mungkin nasib tak menyebelahi saya, terkena harga kurang murah. Hope membantu la yang mencari kedai besh untuk beli barang pengantin. Ke saya buat korang lagi kompius. Ampun. Larik.

*tadi google jumpa review kedai yg same siap bergambar kt blog junior saya masa sekolah and u dulu. bolehla klik sini untuk tengok.
*pastu latest sy bace kt sini, rupenye ada satu kedai lagi yang sy terlepas pandang sebab dia kt aras u5. kena naik lif. bolehla terjah ye. kedai sayang you.

Wednesday, January 16, 2013

Inai ke Henna

Assalamualaikum semua,

Arinikan...kte ambik EL. Semata-mata sebab nak follow housemate pg jalan TAR. Hikhik. Syhhh...jangan report kat bos kte taw. Pagi tadi sms sume ofismate termasuk bos kunon2 ade hal yang perlu diuruskan. Poyo je kan. Pastu arini dari pagi sampai petang meronda KL. Pergi chow kit semata-mata nak pg kedai bunga vivian. Ramai b2b kata situ murah. Pergi sane memang rambang matala. Tapi nanti saya share info sket berkenaan tu ye. Sebabnya entry ni nak cite pasal inai @ henna. 

Alang2 ke jalan TAR saya teringin nak try henna corak2 tu sebab time kahwin xleh pakai bahagian atas. Request kat mak nak buat kt tapak tangan. Da dapat green light tryla test taw. Jakun je sebab first time buat. Hehe. 



Plan asal nak buat tgh2 tu je. Disebabkan design satu tgn 5 hengget. Saya suhla die buat penoh2. Hehehe. Tgh2 tu buat love cantum konon2.

*Muka excited dapat apa yang diidamkan. Alhamdulillah dapat tick semua items dalam checklist arini. Syukur sangat. Nanti saya buat  review kedai taw. (^____^)

Tuesday, January 15, 2013

Progres Baju Nikah

Assalamualaikum semua,

Masih ingat tak angan-angan gigih saya nak jahit baju nikah sendiri? Saya cerita kat sini. Yo o je perempuan sorang ni. Hehe. Mak ade jugak cakap "Yelah tu adik nak jahit baju sendiri, mak tengok tak berusik pon kain tu." Hoh...terus rase tercabar dan mengeluarkan kertas untuk melakar pola. Hehe. Gelabah je kan. Pastukan...dengala ni. Nak cite ni. Progress berjalan baik setakat ni. Alhamdulillah. Allah bagi kekuatan dan keyakinan untuk saya teruskan.

ni la kain saya :)

Dah siap gunting untuk base dalam. Semalam Emma da trimkan. Alhamdulillah. Yeayness. Kalau rajin baru proceed dengan jahitan. Nak tengok? Hyep...mane boleh. Tak surprisela baju I (haha...padahal sebab takut kena kutuk x cantikkan). Pastu aritu nak gunting untuk bahagian luar. Ukur punya ukur, sekali kain x cukup plak. Mana taknya, aritu dapat kain hujung taw. Kain da nak abes. Tinggalla 3 meter. Tanya akak yg jual tu ckp x nak buat dress. Laju2 dia jawab cukoppp. Kalau dress biasa memang lebih dari cukup. Iolls nak buat kembang setaman, memangla x cukop. Jadi kenala beli kain lain.

Pastukan...lepas trim mintakla Wati tolong tengokkan okay ke x. Sekali dia kate pola saya tu tak mengikut dress yang sy nak tu. Lebih pada dress jubah biasa. Camtula lebih kurang. Pastu kan, bermulala kelas melukis pola yang betul ye adik2. Haha. Pola dah siap. Kain x beli lagi. Hiks. Malam ni baru nak sambung sesi hunting kain. Nak berjimba-jimba hilangkan stress kt ofis. 

 kalaulah mampu ke sini...mood verangan lagi

Pastu nak kena cari kain untuk tempah peplum jugak ni. Asekla mengingatkan diri yang awak ni pengantin bajet, tapi masih tak mampu menolak nafsu yang meronta-ronta nakkan peplum yg comel itu. Macam mane? Haih. Sabo je la.

 tetibe in love with this

*Ape2 pon pray hard semoga Allah permudahkan semua urusan. Amin.
*pics courtesy of google

Monday, January 14, 2013

Gelang Hantaran

Assalamualaikum semua,

Arini internet kt ofis bermasalah pulak. Dah nak petang ni baru jumpa solution. Sabo je la. So nak update cket progress untuk hantaran. Setakat ni boleh kata progress untuk barangan 80% selesai. Sunglasses en tunang blom sampai. Jam saya blom beli. Tinggal dua tu dan makanan.

mencari ini sampai nak patah pinggang saya, en tunang = cerewet :p
Source : Google.

Last weekend saya berjaya mengempiskan poket en tunang dengan membeli gelang. Hikhikhik. Alhamdulillah. Akhirnya selesai jugak beli gelang. Orang kata dekat-dekat raya cina harga emas turun. Pastu saje ajak family usha2 harga. Memang turun sket dari rate mase beli cincin aritu. Pastu tengokla design2 yang berkenan di hati. 

Pilih punya pilih jumpala satu gelang ni 2 in 1 taw. Dia ada dua design berbeza atas dan bawah. Paham tak agaknya ek. Saya beli gelang taw, bukan rantai tangan. Kalau gelang ni, bila kte pakai nampak atas je. So gelang yang biasa dia design bahagian atas. Jap2. Tepek gamba satu.

   Macam ni taw...ada corak kt atas je kan. Bawah bese. Saya punya, dua2 ada design yg berbeza. Macam gelang 2 in 1. Source : Google.

Tetibe rase ayat belit xleh blah. Jadi pada yang tak paham, buat2 paham boleh. Hehe. Sowila. Saya bukan cikgu. Kehkehkeh. Pastu amek gamba tunjuk kat en tunang. Boleh plak dia kate gelang tu pelik. Cheesecake sunggoh. Seb bek pastu dia ckp "Kalau awak suke sy pon suke". Gittew. Sedap cket hati saya. Hahah.

Jadi selamatla duit mengalir seperti air. Tapi xpe beli emas, orang kata boleh jadi aset. X gitu. So, sape2 nak kawen beli emas sekarang sebelom harga emas melambung lebih tinggi. Nanges i beli gelang ni taw walaupon duit en tunang yang keluar. Huhuhuh. Mahal bebenau (bagi sayala).

* Ayah dah suh bagi gambar untuk uruskan borang2 nikah dan urusan yang berkaitan. Rase macam x percaya lagi 4 bulan nak jadi isteri orang. Excited dalam debar = Gatal + Neves.

Friday, January 4, 2013

Doorgift Idea

Assalamualaikum semua,

Since lepas tunang aritu kan, doorgift is the first thing yang saya terfikir. Sibuk blogwalking ke blog b2b and mantan b2b. Banyak sangat idea2 menarik. Contoh:

1. Surah Yassin @ Ma'thurat

 source from google...cantik tapi harga pon cantik RM10 / pcs

source from here...comel je kan

2. Gift dalam jar (boleh letak cookies, kerepek, kacang, biskut yg ade topping warna warni tu and macam2 lagi.

 from google

3. Muffin @ Cupcakes


source from here...tetibe lapa plak tgk muffin ni

4. DIY CD surah2 pilihan



5. Tasbih


alahai comelnye tasbih ni

Bulan 11 and 12 aritukan banyak kenduri. So banyak jugakla koleksi jar tu kt umah. Pastu mak pon suggest utk buat camtu. Saya okay je. Masa tu da terfikir nak DIY utk hiasan and letak kerepek sedap2 dalam tu. Pastu idea tu tergantung camtu je sebab rase awal sangat nak prepare.
Bila fikir punya fikir. Saya terase nak bagi yassin plak. Dengan niat nak pahala berpanjangan sebab bagi benda yang bermanfaatkan. Dah siap2 google2 and mintak quotation from certain vendor. Dapat paling murah 0.80 sen (2000 pcs - combine ngan doorgift en tunang) untuk customized Yassin. Pastu mintak pendapat En Tunang, Family ngan FFIL. En Tunang macam bese okay je malas nak layan tunang dia ni. Bila tanya mak en tunang pon okay je sebab nak bahagi sorang seribukan. Hehe. Tibe tang family sendiri tidak mendapat persetujuan. Terus cancel.

Last2 aritu mak suh bagi muffin je. Mak kate senang. Xyah nak susah2 DIY. Sobs2. Beli muffin yang ada pakej dengan bekas sekali. Saya pon macam bese menggunakan khidmat En Google untuk cari muffin yang besh tapi murah. Haha. Ampun...saya pengantin bajet. Pastu jumpala yang harga 0.80 sen jugak tapi kurang pasti include packaging ke x. Kena google blk sebab link x ingat letak mane. Huhuh. Tapi kena beli dulu untuk rase. Sedap ke tidak ke. X beshla kalo bagi sekadar cukup syaratkan.

Tetibe teringat muffin yang saya makan kt Aeon. Yang harga kadang2 99 sen, kadang2 1.20 sen tu. Sy suke. Family sume pon suke. Persoalannya diorang nak ke amek tempahan yang banyak? Haha. Ikotkan hati ni nak je pg tanya kat sane terus. Tapi x berkesempatan nak pg lagi. 

"Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.Amin." 

Thursday, January 3, 2013

First Time menang GA

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah...Syukur sangat3. Petang semalam Sya Syg inform saya pasal giveaway by Mrs Nelly Bouquet. Saya pon laju2 pg terjah blog Mrs Nelly. Syarat dia sangat simple. Nak tgk bolehla ke blog Mrs Nelly Bouquet. Walaupon pemenang da cukup tapi ada kejutan lain taw utk b2b yang x sempat nak join the GA. Jadi apa kata terjah blog Mrs Nelly and follow beliau untuk sebarang update.

Nak tengok contoh HB by Mrs Nelly? Cantik!! Jap2...sy letak gamba


2 kat atas ni jenis dual tone spiral - comel kan...sy suka sebab nampak penuh

 yang ni pulak single tone petal

 yang ni dual tone petal
*gambar pinjam dari blog Mrs Nelly

Sume comel2la. Geram je tengok. Alhamdulillah saya berjaya jugak jadi pemenang. Yang paling beshnya. Mrs Nelly ni siyesly baik hati, bukan takat bagi satu. Maximum sampai 3 HB yang pemenang boleh pilih. Alhamdulillah. Jimat bajet untuk HB. Syukur3. Terima kasih sekali lagi yang tak terhingga pada Mrs Nelly. Saya doakan Mrs Nelly berjaya mengembangkan bisnes dan dilimpahi rezeki selalu. Amin. InsyaAllah. (^____^)

p/s : bagi yang berminat nak dapatkan hb ni, Mrs Nelly ada buat promosi taw sekarang, 20% off kalau order sebelum 25 January 2013. Kalau berminat klik je kat nama Mrs Nelly kt atas ni.
 

Monday, December 31, 2012

End of the Year

Assalamualaikum olls,

Today is the last day of the year ye murid2. Haha. Okay...end of the year does not mean end of the world kan. Jadi...mari kte enjoy. Tetibe plakkan. Feeling nora danish jap. Maaf sebab kemerapuan dah berpanjangan pula.

suka sangat3 baju nora danish pakai ni

Nak cite pasal baju nikah lagi. Haha. Tak habes2 lagi ini perempuan okeyh. Maaf2. Layankan je la ye. Sebelum tu nak cakap terima kasih yang tak terhingga pada yang sudi memberi pendapat. Tak kirala di ruangan komen mahupun shoutbox. Sangat3 berharga okay pendapat anda semua. Uolls rock. Hehe.


 Dengan ini, cheh. Dengan inila sangatkan. Saya telah memutuskan untuk membuat kedua-duanya sekali. Haha. Dasar tamak halobakan. Xde. Macam ni...saya sebenarnya dah beli kain taw. Pastu mase beli kain chiffon tu, dah nak abes. Tinggal 3 meter je. Jadi memang muat nak buat dress je la. So dah alang2 ada saya pon proceed dengan idea asal. Semalam dah siap buat pola depan ngan lengan. Esok sambung pola belakang and gunting kain. Please wish me luck. Gegeh si bukan tukang jahit ni nak jahit baju sendiri taw.

credit to le pemurah blogger hunniefunnie sebab sudi share tutorial yang sangat membantu saya


Pastu yang peplum plak maybe saya akan tempah jugak peplum yang memang designed specially for my 'rendang' size. Kekeke. Takde tempah kt butik bagai pon. Suh housemate baru je tolong jahitkan. Boleh camtu? Memandangkan tarikh x berapa nak dekat (hujung bulan 5 nanti) bolehla saya bereksperimen dulu. Did I mention, my new housemate sumenye tukang jahit. Senang sket kerja2 mendesign baju saya boleh dilaksanakan. InsyaAllah.



Ape lagi ek, progress hantaran berjalan dengan jayanya mengempiskan dompet en tunang and purse saya. Uwaa...duit mengalir macam air. Tinggal sunglasses en tunang ngan satu lagi barang saya (yang makanan xkan nak beli sekarang kn). Maybe beli jam je kot. Xleh nak mintak macam2 sebab dah banyak sangat duit keluar. En tunang kata kalau spend banyak2 lepas kawen makan nasi ngan ikan masin. Kehkehkeh. Saya da la x makan ikan masin. Kenala makan nasi kosong. Takmo3.

 kalau camni boleh jgk saya makan telur.hukhuk.

*Iolls terharu bila ada yang suka baca my coretan merapu kt blog ni. Hehehe. Excuse my gedikness. Saya memang gedix sejak lahir. Haha.  (^___~)

Macam bese...all piccas credited to google.

Friday, December 28, 2012

Baju Hantaran dan Nikah

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Alhamdulillah...saya dah jumpa baju untuk hantaran. Rabak poket en tunang. Hehe. Semalam mase cube2 baju adela dua orang macik ni nak membeli baju jgk. Mase saya keluar tunjuk kat en tunang macik ni pon bagi pendapat. Ouh...sangat baik hati dan sangat membantu. I loike. Jadi pilihan baju semalam memang saya sangat berpuas hati. Alhamdulillah.

 Design baju hantaran ala2 ni, tapi warna lain - Source from google

Kasut for me pon dah jumpa. Ada pogress untuk hantaran. YES da nak abes ni. Harus speed up everything. Kasut yang en tunang suka asek out of size je. Sabo je la. Semoga dipermudahkanlah urusan untuk kami jumpa apa yang dicari. Amin.

Pastu nak cite pasal baju nikah. Mula-mula kan saya dah plan nak buat dress biasa je pon. Pastu tetibe dah demam peplum, si gedix ni nak jugak ikut fashion semasa. Hahaha. Bukan ape, bila tengok design peplum tu macam boleh tahan, hati ni meronta-ronta la nak pakai peplum jgk. Hehehe.

Sekarang tengah pening nak amek design mana. Susah btol lalang ni, sungguh x tetap pendirian. Mane lagi cantik ek?

Inspired by pn lijah dress...I heart this dress...Rase nak buat base yang same with different detailing.

 Taken from google...macam cantik, tapi x pasti sesuai ke dengan saya yang agak kurang tinggi ni.

Ini gorgeous, tapi untuk dipandang je la. Tak pasal kena ceramah ngan imam plak time nikah nanti. Hehehe.

Ouh...dilema...dilema. Mane satula yang akan menjadi pilihan hati agaknya. Mind to give opinion to me? Pwetty please. Thanx a lot. (^___^)

Pssst : Tetibe rase macam badan naik seperti di pam-pam. Huhuh. Nak kate bahagia sangat xdela pon. Saiz baju dah naik okeyh. Kena jaga makanla cmni. Karang x muat baju kawen nanges. Huhuh.