c l i c k 2

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, October 13, 2014

Alhamdulillah...dah dua bulan pon usia si kecit

Assalamualaikum semua,

Ya Allah...agak2 blog ni merajuk tak dengan saya. Pheww...berbulan-bulan blog ni ditinggalkan begitu saje. Alasan biasa...tuan blog bz. Nak2 lagi sekarang bz melayan si kecit.

Alhamdulillah...6 Ogos 2014 yang lalu saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal delivery pada pukul 6.10 pagi. Betul2 lepas azan subuh. Pasal detik2 melahirkan budak tecit tu nanti saya cerita. Haha. Janji lagi. Jangan janji dicapati lagi sudah. Berapa banyak draf ntah yang ada tak sudah karang. Lepas tu terbiar camtu je. Hehehe. Nasibla blog ni dapat tuan yang pemaleh.

Okay back to tajuk entry. Alhamdulillah da dua bulan usia puteri saya. Nama diberi Hana Irdina. Membawa maksud rezeki tanpa susah payah dan kehormatan kami. Masa keluar ke dunia ni berat Hana 3.3 kg. Latest masa timbang kt klinik aritu 5.2kg. Ya...dia membesar dengan jayanya sebab minum susu dengan sangat berselera.

Malas nak bebel pepanjang. Jom cuci mata tengok gamba Miss Hana Irdina.

 Fresh from perut mama lepas dibersihkan - day 1

 Ni masa dalam hari lagi...day 5...Hana sedu

 Ni masih ada rambut sebelum cukur - day 12

 Masa majlis aqiqah Hana - day 33

 Dah sebulan lebih - day 40 (4 hari lg mama nak abes pantang)

 Hana dah dua bulan...baru blk dari klinik pakar...Hana seseme and batuk - day 62

Budak happy sebab dapat jalan2 Sabtu lepas...her first outing pg mall

Sekarang saya rajin melayan instagram sebab senang nak bukak. Hehe. Kalau rajin jom la follow memollow. Hikss.

 

Wednesday, October 9, 2013

Wedding Review 9 : At Dais with Cousins and Friends

Assalamualaikum semua,

Kemain panjang lagi tajuk tu. Hehe. Masa nak update ni panjang pikir. Nak update mane dulu ek. Da taip reception kedah. Pastu tekan backspace blk, taipla tajuk atas tu. Sebab da janji dalam entry bulan lepas lepas kan. Jadi marilah kita mencuci mata dengan gambo pengantin yg da sedikit basi ni. Haha. Da 4 bulan lebih da ktorang diijab qabulkan. How time flies. Tanpa membuang masa marilah layan gamba. Hikss...

 ni gamba pnoh family saya...time nikah je ade. time resepsi danish yg depan skali tu da start cranky

 sedare mara belah Kedah

 adik beradik HB dengan anak-anak buah

 anak buah belah Kedah...tapi x sume ade

 adik2 emak...kiri - ayah su & cik su, kanan - papa & umi

 sepupu belah Kelantan...sume da besar panjang

 abg harris & keluarga...sedara belah Perak

 ex-housemate yg sporting

 blogger Eza and hubby

 my beshfwend forever (bff) Mrul & wifey & baby Rayyan

 ofismate saya...Hanafi and Zaki & Family

 Kak Zura dan anak2

 Ofismate HB

 Kawan2 HB

 Ofismate HB

 anak buah baru Delisha Zahraa...baru 15 hari masa ni

 gamba ni yang ktorang pilih untuk besarkan dan frame

Bawah2 ni gamba perantin berfotogedix...hikss





Pasni tataw nak abeskan review senawang dulu ke nak lompat ke Kedah. Macam da xde idea plak nak hupdate pasal ape. Jap2...nak buat checklistla. Hopefully dapatla mengikut checklist yg ada ni. Pasni kalau nak ingt balik kenangan time kenduri tawen boleh selongkar balik blog ni. ;)
  • MUA sy yg omei
  • Outdoor Senawang
  • Reception Kedah
  • Outdoor Kedah
  • Free HB by Nelly
  • Doorgift
  • Photographer
  • ape lg ek??? tu je la dulu setakat yg teringat...
**pheww...pasni tataw bile pulak nak boleh update...

Wednesday, August 14, 2013

Salam Aidilfitri to my deary friends and readers

Assalamualaikum semua,

Arini saya dah mula bekerja setelah cuti hampir seminggu. Mood beraye masih on sebab x puas lg berjalan. Alhamdulillah raya tahun ni masih lagi dapat berkepit celah ketiak mak and ayah. Alhamdulillah HB sangat berbaik hati approved permohonan saya. Haha. Jadi berayalah kami di Senawang pada pagi raya. Lepas solat raya terus shoot ke Perak (kampung ayah).

Tido satu malam di Perak, raya kedua kami ke Lumut kejap sebelum berpecah. Saya dan HB ke Kedah. Adik beradik lain bersama mak n ayah ke Senawang. Sedeyh jap. 

Tapi sampai kat rumah Kedah terus seronok balik sebab dapat makan buah. Hahaha. Alasan seronok tu macam xleh diterima kan. Saya memang pencinta buah-buahan tempatan. Kat rumah sendiri xde kebun. Memang x pernah merasa ada kebun. So bila balik Kedah dapat makan manggis, rambutan (all time fav), kelapa muda, langsat, of coursela saya teruja okeyh.

Dah3...nak ucap selamat hari raya je pon. Dapat keyboard terus lupe diri. Haha. Taqabalallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima amal-amal kami dan kamu. Salam aidilfitri buat semua kawan2 dan readers blog lurvevanilla.blogspot. Semoga kita sentiasa di bawah lindunganNya dan diberkati. Amin.

 gamba raya pertama kami...merah mak ngah
*masa ni da kt kampung...HB da bukak sampin

 ni otw balik perak

 kt depan umah kampung perak...saje nk tunjuk gamba penuh baju hantaran merah mak ngah...hikss...

Mule2 HB xnk beli baju melayu merah. So sayala kena cari baju kurung pink lembut untuk pagi raya. Cari baju malam raya kt expo senawang. Dah jumpe da. Tapi HB kate jarang sgt. Bila cakap nak pakai inner HB x bg. So lepas nk patah kaki pusing cari x jmp jgk yg berkenan di hati, decide untuk cari baju melayu merah. Tu pon buat patah kaki tawaf expo dua kali. Adoiyai. Sabo je la. Alhamdulillah jumpe jgk. Beli time hujung2 ni banyak warna yang kita berkenan dah xde size. Murah memang murahla. Alhamdulillah seronok raya kali ni.

Monday, June 24, 2013

Wedding Review 2 : Bridal Kedah

Assalamualaikum semua,

Sekejap tenggelam, sekejap timbul. Sorry for that. Last week seminggu saya berkampung di Cameron Highlands. Ada workshop yang dianjurkan oleh my section. So...here I am. Back at office and sibuk nak sambung review. Hehehe. 

Review kedua terus lompat majlis kat kedah. Aci x? Aci x aci...gamba yang kedah je ada. So saya review mana yang boleh je la ye. Mana nak start ye? Story mory pasal bridal sanala. Untuk pengetahuan, ktorang tak tetapkan tema utk majlis kedah. Both agreed utk pilih tema berdasarkan baju yang sesuai dengan saya. Selfish sgt kt situ. Hehe.

So balik kedah bulan 2 aritu. Pegi lebih kurang 5 bridal and end up pilih tema yang sama dengan majlis senawang. Boleh x cmtu? Hadoila. Mula2 saya berkenan dengan ada baju warna turqoise ni, tapi bila cuba x sesuai taw dengan saya. Cubela baju lain, maroon, putih, biru, cream, hijau sampaila cuba balik pink. Terus semua pon cakap cantik. Saya da memang ske pink kan. Haruslah laju2 setuju walaupon dalam hati "xkan warna sama jugak kot". 

Yes...kami adalah pasangan yang sehati sejiwala sgt. Warna tema sama. Purple and pink dengan pemilihan warna asas yang berbeza. Camne tu? Macam ni, belah senawang kami setuju untuk gunakan purple sebagai main theme dengan percikan pink gittew. Haha. Sebabnya baju nikah saya da pilih warna pink. While at kedah, pink dijadikan sebagai main theme dengan percikan purple. Paham dak? X paham buat2 paham je.

*Apekah? Memandai je guna perkataan percikan camtu. Haha

Panjang plak membebel. Gamba puhlease...

 please excuse the background...concentrate on baju je taw ;p

 pelamin

 bilik pengantin

meja makan

Semua di atas termasuk dalam pakej bridal ye. Penyakit lupe da datang. So xdela nama bridal yang terlibat. Sorry. Huhuh. Tapi kat kedah ni memang pelamin dan deco simple. Saya suke je. Ngee. Pakej pon murah. Sume sekali termasuk dapat kek percuma RM 1,500 je rasenye.

wifey

hubby

One more thing kat kedah ni. Bersiap nak make up sume kat kedai ye. Xde datang2 umah. For me untuk belah lelaki sesuaila kot. Belah perempuan macam kalut cket. Sebab kalau lambat pak imam kena tunggu pengantin. Acane tu.

us

 Okayla...sambung nanti lagi ye. Arini nak pg spa dengan inchek hubby. Toodles. (^____~)

Monday, May 13, 2013

Signage

Assalamualaikum semua,

Nak cite cket progress nak kaweng. Last weekend macam bese sibuk mengemas itu ini. Siapkan mana yang patut. Balik umah jumaat petang tu I saw this...


 Terkejut + terharu

Saya terus tanya mak "Sape yang baik hati ambikkan untuk adik ni mak". Mak pon jawab "Orang sebelah yang ambikkan". Ya Allah...baiknya jiran saya. Saya memang tak terkata ape. Cuma mampu cakap terima kasih je. Yang kelakarnya my jiran cite balik detik2 diorang ambik signage tu. Siap kena jatuhkan seat belakang sebab x muat nak letak kt bonet. Pastu dalam kete diorang duk gelak2 cakap Najib ngan Khairy tumpang kete ktorang arini. Haha.

Semalam ayah pon start mengerjakan signage tu. Utk suit our usagela kan. Xkan nak guna yang gabak tu. Saya bukan nak berkempen pong. Hehe. Proses2 menyiapkan signage atau penunjuk arah saya.

 awal2 mase nak buat masih bertenaga

 dah siap ayah sangatla fenat...sampai malam tu demamla...nanges saya.suka susahkan ayah & emak...sobs2

Ayah gigih btol menyiapkan signage tu sensorang. Abg ipar tolong kejap sebab mak dah bising suh dia tido. Malam tu dia nak pg kelantan ambik barang adik dia yang baru abes blaja. So sayala yang tolong ayah. Tu pon x dapat tolong banyak sangat. Sekadar ambik barang itu ini, pas itu ini. Nak ketuk paku pon fail. Wuwuw...pastu siap tangan luka. Saya memang tak sah buat keje xde tanda. Dan hasilnya.

 Alhamdulillah

Time akak saya kawen dulu, kul 1 pagi saya, abang ngan adik duk jalan cari signage orang kt traffic light. Recycle yang dah ade je kononnye. Haha. Pastu masing2 duk tolak masing2 suh pg cabut. Ingatkan kul 1 da x ramai orang. Ade jugak. X reti tido gamaknya diorang ni. Kali ni xyahla sume susah2. Da siap da. Hehehe. Suke3.

*Alhamdulillah my sis selamat lahirkan baby girl Sabtu lepas. Walaupun baby pre mature, alhamdulillah she is fine. Aktif lagi. Cuma masih ditahan untuk rawatan rapi. 

**Arini saya dapat hadiah kaweng yang pertama dari ofismate. Sebab En John x dapat datang awal2 da bagi saya hadiah. Hehe. Alhamdulillah. Jazakallah En John and family.

 Saya da janji nak bukak lepas majlis.

Friday, November 30, 2012

Klinik Pergigian di Senawang

Assalamualaikum semua...

Sape suke jumpa Dr Gigi? Me x ske, takot. Hehe. But everything berubah since my elder sis jadi dentist. Dah jumpa hari2 xdela takot kan. Plus, dia sangat lembut okay. Walaupun sekarang sy ada panel klinik gigi lain, sy x penah pg klinik panel tu sebab dah selesa dengan my sis. 

my sis aka Dr Gigi

Alhamdulillah, baru-baru ni my sis dah bukak klinik gigi sendiri di Senawang and lagila senang nak dapatkan rawatan dari dia. Entry ni sekaligus nak promote klinik my sis to every potential customer especially yang bermastautin di area Senawang untuk ke Klinik Pergigian Shaida kat Taman Cempaka, Senawang. Yang duduk area lain kalau singgah Senawang tetibe tersakit gigi bolehla jgk datang sini. Datang taw. Tapi xdela makan2, untuk rawatan gigi je.



Rate untuk rawatan lebih murah berbanding area Selangor and KL. Kalau nak buat bleaching ke, gigi palsu ke bolehla try ke sini sebab sekarang tgh ada promosi. Untuk waktu rawatan pulak, klinik dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Setiap hari tu termasuk Ahad taw. Isnin - Khamis and Sabtu dibuka dari 9.00 pagi sampai 9.00 malam. Untuk Ahad pula, 9.00 pagi sampai 5.00 petang. (Kasi can Dr berehat dengan family) Boleh refer waktu rawatan kat bawah untuk pemahaman yang lebih jelas.



Some piccas sekitar klinik. Checkidawwt:

 My sis with assistantnye

 waiting area 1

 children area

 danish pon nak tolong mama

 waiting area 2

Setakat ni interior klinik masih dalam proses penambah baikkan lagi. InsyaAllah ade rezeki nanti boleh hias sana sini.

 Jom pakat mai ramai2. Hehe. 

Alamat klinik :

Klinik Pergigian Shaida
No. 41 Jalan Cempaka 28
Pusat Komersial Cempaka
70450 Senawang
Seremban 
N. Sembilan.

Contact Number :

019-2776401 

Website :

Klinik Perigigan Shaida


Memandangkan soalan berkaitan kadar rawatan tak putus2 since saya buat entry ni. Saya pon mengambil langkah bijak menyenaraikan kadar rawatan untuk semua. Saya ni selalu outstation sebenarnye. So kesian kat orang yg tanya duk tunggu saya jawab berminggu2 jugakla kekadang tu. Everyone...kindly refer range harga rawatan di bawah ye:

Tampalan Kanak-Kanak

Amalgam @ warna gigi = RM30 - RM40

Tampalan Dewasa

Amalgam (Warna Silver) = RM45 - RM90
Warna Gigi - RM50 = RM100

*harga bergantung pada saiz tampalan
Cabutan Kanak-Kanak

Gigi depan tanpa injection = RM25
 Gigi depan dengan injection = RM30
Gigi geraham = RM40

Cabutan Dewasa

Gigi depan = RM45 - RM90
Gigi geraham = RM50 - RM95
Surgeri = RM250 - RM350
**jahitan tambah RM10
*harga bergantung pada kadar kesenangan cabutan

Rawatan Akar @ Root Canal Treatment

Gigi depan = RM250
Gigi geraham kecil = RM300
Gigi geraham besar = RM400

*untuk sebatang gigi

Gigi Palsu

Tapak = RM70
Setiap batang gigi = RM25
Repair gigi palsu = RM25 - RM35

Braces

*ini soalan faveret sgt ni...saya cume bagi range harga. Ape-ape boleh jumpe Dr and consult untuk harge penuh ye ;)

 Conventional system = RM3,500 - RM5,000
Damon system (ni yg latest) = RM5,500 - RM6,000
Damon clear = RM6,500
Retainer biasa (atas & bawah) = RM400
Retainer essix (clear) - atas & bawah = RM600
 Lain - lain

Crown @ Bridge (1 unit) = RM500
Bleaching @ putihkan gigi = RM500
**untuk pertanyaan lebih detail boleh call direct no kat atas atau lebih senang datang klinik consult ngan Doktor. No worries. Akak saya orang paling lembut dalam dunia pada saya. Siyes ni.