c l i c k 2

Showing posts with label Wedding Vendor. Show all posts
Showing posts with label Wedding Vendor. Show all posts

Friday, June 14, 2013

Wedding Review 1 : Wedding Dais

Assalamualaikum semua,

Memandangkan arini agak kelapangan. Semua kerja insyaAllah da settle. Kalau ada yang terlupa nasebla. Haha. Nak review projek kaweng. Yeayy. Lambat btol sha ni kan. Lepas pikir punya pikir, sha review pasal pelamin dulula. Aci x? Sebab nak review pasal nikah x dapat soft copy dari OP lagi. Nanti gamba macam x banyak sgt x syiokla. Kalau pelamin xpe. Sebab seketul tu je pong. 

Seperti yang diceritakan dalam entry bridal package booked ni, sha pilih citra classic bridal sebagai bridal vendor sha. Masih ingat lagi pelamin idaman sha? X ingat xpe, meh sha tepek balik. Ngee.

 simple dan sweet, sebab tu sha ske sgt

Tu pelamin idaman. Pelamin sendiri pulak. Tadaa...

 dari pandangan sisi *beria siap sudut tepi bagai

yang ni pulak versi chandelier dipasang...frankly speaking, sume orang pon x puas hari with the orange light.sebab kalau guna kamera biasa jadi mcm gamba atas ni la.gamba atas ni gune my samsung tab.gamba kurang cantik.hopefully yg diambil guna kamera canggih will turn out good.Aminn.

nampak tak kecacatan pencahayaan di situ.sabo je la.tapi pelamin tetap cantik di mata sha.

Maaf atas kualiti gamba yang x berapa baik. Kamera iolls is biasa2 je. Ngee.

Overall sha puas hati sgt dengan pelamin yang sha dapat. I is one happy customer. Ouh ye...pelamin ni dipasang pada jumaat malam sabtu tu. Pelamin ni saje penoh separuh ruang tamu satu.

*Cuma stage pelamin ni sgt terhad. Jadi masa nak bergambar dengan family and sanak saudara sume pong risau tak muat. Stage dia for me a bit tinggi. Kalau buat setingkat pon da okay kot.  (^____~)

Tuesday, February 5, 2013

Contest by Rumah Kebaya Malaysia

Assalamualaikum semua,

Bila sebut rumah kebaya malaysia, i'm sure my lovely kawan2 b2b mesti kenal punya kan. I'm sure all b2b mesti excited kalau RKM sudi sponsor your attire for your special day kan. Imagine jap. Gorgeous lace with beautiful beading. Up to date style yet still maintaining the traditional element of kebaya. Drooling. I want...I want. Sape xnk kan.

Well...ada good news for all b2b around the world yang akan melansungkan hari bahagia pada tahun ini. Yes. This year bebeh. 2013. Chop2. Let me put the banner first so that all of you dapat clear view of what's haypening. Hikss...


Okay...boleh lap air liur. Tutup mulut dan start bertindak sekarang. Hurry up gurlz. Sape nak bagi penajaan RM3500 senang2 kn. Memang terase mcm retis gittew. Boleh klik link di bawah untuk pilih 5 gamba yang uolls suke. Iolls pon nak start bekerja keras nih. Hehe. Goodluck gurls. :)


*Thanx Sara sebab inform pasal contest ni. :)

Thursday, January 3, 2013

First Time menang GA

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah...Syukur sangat3. Petang semalam Sya Syg inform saya pasal giveaway by Mrs Nelly Bouquet. Saya pon laju2 pg terjah blog Mrs Nelly. Syarat dia sangat simple. Nak tgk bolehla ke blog Mrs Nelly Bouquet. Walaupon pemenang da cukup tapi ada kejutan lain taw utk b2b yang x sempat nak join the GA. Jadi apa kata terjah blog Mrs Nelly and follow beliau untuk sebarang update.

Nak tengok contoh HB by Mrs Nelly? Cantik!! Jap2...sy letak gamba


2 kat atas ni jenis dual tone spiral - comel kan...sy suka sebab nampak penuh

 yang ni pulak single tone petal

 yang ni dual tone petal
*gambar pinjam dari blog Mrs Nelly

Sume comel2la. Geram je tengok. Alhamdulillah saya berjaya jugak jadi pemenang. Yang paling beshnya. Mrs Nelly ni siyesly baik hati, bukan takat bagi satu. Maximum sampai 3 HB yang pemenang boleh pilih. Alhamdulillah. Jimat bajet untuk HB. Syukur3. Terima kasih sekali lagi yang tak terhingga pada Mrs Nelly. Saya doakan Mrs Nelly berjaya mengembangkan bisnes dan dilimpahi rezeki selalu. Amin. InsyaAllah. (^____^)

p/s : bagi yang berminat nak dapatkan hb ni, Mrs Nelly ada buat promosi taw sekarang, 20% off kalau order sebelum 25 January 2013. Kalau berminat klik je kat nama Mrs Nelly kt atas ni.
 

Friday, December 7, 2012

Photographer Booked

Assalamualaikum and good morning semua,

Alhamdulillah...akhirnya the choosy me dah pon booked photographer. Hehe. Selepas sesi photographer hunting yang memakan mase berbulan-bulan jugakla. Sampai penatla. Haha. Last2 saya pon ambikla keputusan untuk pilih Adam Luqman Photo. Selesai one more big thing. Lega bila dah berkurang pending kat checklist. Saya suke. Saya suke.


Bila tengok2 balik entry kt blog saya ni, seciput je persediaan kawen. Haih. En tunang makin bz lepas keje kat tempat baru ni. Pastu tunang die ni plak cerewet. Bila nak pegi mane2 mesti nak en tunang ade skali. Hehe. So gedix kan. 

Okay2..back to photographer story. Ni pakej yang saya ambil.


Ape yang saya suka dengan AdamLuqman Photography?
  •  Gamba yang ceria (sebab terang kot..bila terang efek ceria tu timbul)
  • Susunan album yang kemas
  • Bajet yang sesuai dengan saya (ade diskaun 10% utk premium pakej)
  • Banyak sangat yang saya dapat (ade 7 benda, boleh refer kt page Adamluqman)
  • Photographer yang sangat responsive (En Zuan)
  • Deposit paling affordable (10% je okay)
  • Sebab bestla. Haha.
*Kalau nak tengok2 bolehla klik link kat atas ye. 

Hehe. Lega hati bila selesai satu benda. Lepas ni nak cari pose yg sy suke. Kalau xde idea boleh tiru pose yang ade kn. Haha. Berangan lagi. Memang besh berangan ni. Rase terapung-apung di awangan you. 

 nak macam ni boleh.sweet je.sowi gamba seksi.pinjam kt google.

Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Amin. InsyaAllah. (^____^)

Friday, November 16, 2012

Photographer Hunting

Assalamualaikum semua...

Satu lagi pada saya main thing yang perlu diambil kira untuk wedding preparation ialah gambagrapher. Sayang kalau x dirakam detik-detik indah yang berlaku dalam hidupkan. Nak-nak lagi detik istimewa yang cuma sekali dalam seumur hidup dilalui. Walaupun ada juga yang kate "Alaa...album tu lepas kawen duk la berabuk bawah katil, kadang-kadang terus x nampak bayang". Tapi...saya tetap rase penting untuk saya ada kenangan terindah untuk hari bersejarah saya nanti. InsyaAllah.

Ikutkan hati ni banyak je photographer yang menambat hati. Cuma pakej yang ditawarkan lari dari budget sy. Huhuh. Ni lah dia penangan bila orang berselera besar dengan bajet yang ciput. Hehe. Gigit jari je la. Jom tengok photographer idaman sy. Gambar mereka cantik di mata sy: 






Kalau perasan. Gamba pelamin idaman saya tu pon diambil oleh G.I Photoshoot. :)









AdamLuqman Photography






Wanzero Wan

Suggested by my BFF. Thanx mrul. :) First sy view gamba dalam album fb wanzero wan sy teruja. Hehe. Gamba die sangat unik dan lain dari yg lain di mata sy. Bukan sekdar bergambar, tapi ade cerita di sebalik gamba. Checkidawwt:







picture credited to CikSweety85



Acaii Jawe






p/s: Kalau nak view more picture bolehla klik je nama photog yang berkenaan ye. Saya sekadar amek dr en google. Siyes banyak lagi gamba2 cantik yang dihasilkan oleh mereka yang hebat ni. Hopefully tuan gamba x marah. Huhuh. Ampun.

Sume cantik2. Rambang mata saya. Most probably will go with AdamLuqman Photog insyaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.

Friday, November 9, 2012

Bridal Package Booked

Assalamualaikum dan selamat petang jumaat sume...

Alhamdulillah...selepas sesi pencarian yang memenatkan selama sebulan lebih. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk memilih Citra Classic Bridal. The best part is saya dapat jugak request for pelamin idaman tanpa extra charge. Nak tepek lg sebab suke sangat ngan pelamin comels ni.




Sekaligus saya decide untuk stick dengan tema asal. Hehe. Memandangkan saya x sanggup berbelanje lebih untuk tempah baju baru, saya pilih second theme dark purple + pink. Dah jatuh cinta dengan tiffany green + pink. Huhuh. Maybe boleh pujuk my incik tunang pilih warna tu. Haha. Warna belah pihak lelaki x decide lg.


baju dark purple dari rumah kebaya malaysia yg sy sgt adore :)







 nak shoot mcm ni boleh...hehe. verangan.

Syukur sangat selesai satu main task. Catering pon memang ayah dah booked dengan catering biase sejak majlis abang sy lg. Lepas ni nak cari pakej photog pula. Short update je. Busy dengan kerja and penat oustation x hilang lg. Pheww...

*as usual pic credited  to google

Monday, October 22, 2012

Terjah Bridal House Senawang lagi

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua...

Masih ingat entry mengenai bridal boutique di Senawang? Kalau x ingat boleh refer sini. Saya x jadi book kt butik APA. Sebabnya saya dapat komen yang kurang menyenangkan berkenaan butik ni. Sy nak mohon maaf awal2 kalau ade yang x senang dengan ape yg bakal sy review mengenai butik ni. Sy jugak xde niat nak hasut sape2 untuk x hire butik ni ye. Nasihat sy, pilihla yang terbaik untuk memastikan kelancaran majlis.

Berikut adalah review mengenai butik tu dari kawan kepada tunang sy:

"Pelamin yang dipasang x seperti yang dijanjikan. Terlalu simple. Kalau ikut yang dijanjikan pelamin cantik seperti dalam magazine. Baju baru yang dijanjikan tidak menepati tema. Pengantin mintak baby blue + white. Tp butik tu bg baju turqoise + pink. Lari sangat2 kn. Lace yg dijahit pon koyak2, seolah2 lace lame. Pengantin requested for baju kebaya labuh and ape yang dia dapat is kebaya pendek. Baju pula hanya di alter sekali.  Mase bersiap tu she requested utk jahit sket sebab terlalu labuh tp perkerja butik refused and dia suh pengantin ni pakai je. Kawan my fiancee ni smpai kena menjahit dalam kereta sebelum majlis. (Please note that majlis ni majlis bertandang. Jadi pengantin perempuan bersiap di butik). Tu antara yang diceritakan. Jadi kepada yang bertanya pada sy. Ni je review yang sy dapat dari customer yang sgt x berpuas hati dengan butik Andaman Pesona Anggun (Kak Ani).





Disebabkan itulah sy terpakse sambung sesi terjah menerjah butik house. Alhamdulillah. Sy bersyukur sangat sebab that day sy x bawak cash dan sy tangguh utk book walaupon hati sgt teruja mase tu.

Sambung berkenaan bridal house di Senawang. Phew...Sy pergi 6 tempat, tapi dua x bukak. Jadi dapat masuk 4 bridal je. Okeyh..jom tengok senarai bridal house yang sy pergi, hopefully boleh bantu b2b di Senawang and kawasan sekitarnya.


1. Andamaya

Sampai-sampai tengok pintu tutup. Jadi saya terus call nombor yang ada kat papan tanda kedai. Rupa2nya owner tengah make up pengantin. Dalam hati dah terfikir nak message kejap2 lagi tanya pasal pakej. 

Tup2...petang tu owner butik msg btaw pasal pakej yang disediakan. Saya suka dengan pakej yang akak tu offer. Tapi macam besela, cerewet girl ni nak jugak tengok make up, baju and contoh pelamin yang ditawarkan. Jadi arrange meeting lain. Meeting tu pon x jadi, sy pon anggap xde rezeki sy dengan butik ni.


2. Citra Classic Bridal

Masuk-masuk bridal ni ade customer tengah berbincang dengan owner kot. Saya disambut baik oleh pekerja / anak owner saya x pasti (nampak muda jadi sy panggil adik). Saya request nak pakej untuk sanding je, adik tu suggestkan pakej yang sesuai. Harga okay. Bila saya request nak touch up make up terus dia bgtaw tambahan RM50. Tambah bantal nikal plak RM80. Puas hati.

Bila tengok contoh pelamin, suka jugak sebab pelamin pakej boleh guna panel. Then sy request pelamin idaman pon owner cakap xde masalah nak buat. Suke. Belek2 baju, ade jugak yang cantik. Tapi yang meleret x banyak pilihan. Hehe. Saya nak yang meleret sebab verangan nak jadi princess. Boleh? Haha. Adik tu kate, akan ada tambahan baju baru. Suke lagi. Overall saya suka bridal house ni. Sebab akak owner tu sangat menitik beratkan request dari customer. On hold.

tepek lg pelamin idaman

3. Astana Cinta

Ni bridal house paling tinggi penah saya naik. Sampai kt puncak tingkat tiga nun. Kesian mak saya duk teman saya aritu. Sowi mak. Sampai2 je depan pintu saya dah suka dengan baju butik ni. Seyes cantik. Detailing baju banyak menggunakan pearl. Sebab tu nampak menyerlah and exclusive. Hehe. mase ni la sy jmp baju tiffany green and pink. Nampak cantik je terus jatuh cinta.

Pakej die menarik. Mengikut kehendak sy yang nk tambah make up nikah and semua kelengkapan tambahan time nikah. Tapi kan, tambahan untuk baju menyebabkan overall package lebih dari bajet sy. Sobs3. 

Berkenaan butik sendiri, ni butik paling cantik (interior design) yang sy pergi sekitar Senawang. Sebab x sanggup tambah Rm650 untuk baju cantik yang bukan jadi milik sy pon, sy terpaksela ukur baju di badan sendiri. Hehe. Memang recommendedla butik ni untuk yang sanggup berbelanja lebih for their big day.

bayangkan bunch of pearl menghiasi baju...beshnya...

4. Butik Andaman D'Lieo

Butik ni simple je. Tapi akak yang layan sy sangat ramah tamah. Design baju die not to my liking. Harga pakej pon memang bukan my cup of tea. Huhuh. Sy b2b bajet. Harap maklum. Nak tempah baju baru pon smpai kena tambah RM1000. Jadi, saya terus delete dari senarai pemilihan. Huhuh.



5. Ryaniez Moments Bridal 

Yang ni saya x dapat nak review memandangkan owner x angkat phone masa sy call. Sy anggap bukan rezeki sy dengan butik ni. Ketentuan Allah tu indahkan. :)



6. Iza De Beauty

Minggu ke 3 survey baru sy dapat masuk. Susah betul nak nengok butik ni bukak. Masuk butik ni tengok pilihan baju agak banyak. Kak Iza, de owner pon sangat peramah. Suka dengan layanan dia. Sangat x berkira. Mintak tambah itu ini pon boleh with no charge. Pakej die within my budget. Tapi kn, sy rasa make up die kurang menarik bile refer gambar. Maybe x sesuai dengan taste sy. Siyes kalau make up die kena ngan taste sy memang sy confirm je hire akak ni. Baju die banyak pilihan dan pelamin dia okay, x terlalu simple.




Iza de beauty ni macam one stop center bak kata akak tu la. Sebab die boleh cover pakej a to z. Catering, pelamin, pa system, fotografer, andaman, khemah...sebut je la ape pon. Sume dia ade. Sesuai untuk yang xde mase nak survey.


*piccas credited to google



Tuesday, October 9, 2012

Bridal Boutique di Senawang

Assalamualaikum dan selamat petang sume...


Pencarian saya baru je bermula 2 minggu lepas. Saya cari bridal boutique area senawang je. Senang cket sebab dekat dengan rumah. Selepas dua minggu pencarian, ini serba sedikit review yang boleh saya concludekan:

1. Fizza Catering & Andaman

Butik ni my sis yang suggestkan, sebabnya she used to hire this bridal boutique for her big day. Saya ikutkan aje, masuk-masuk kami disambut dengan baik. Saya excited tengok all the pelamin then cari baju dark purple. Tu aim sy. Hehe. Tapi none of the baju menambat hati sy, ada light purple je. Tu pon not to my liking. Pakej dah okay da, memang within my budget. Mintak nak tambah bantal nikah pon kena add RM30 je. Pelamin boleh pilih sesuka hati. Tapi bila tunjuk pelamin idaman, xleh buat. Sedih cket. Make up saya suka. Ikut pengalaman my sis, make up tahan smpai petang. Pilihan baju sangat limited. Overall okayla. Boleh dipertimbangkan if ada baju yang menarik.

 pelamin idaman


2. Belshaz Bridal

Masuk je butik ni terus menjerit hokeyh. Perempuan ni sangat excited dan suka tengok baju cantik2. Haha. Butik seriesly nampak lebih exclusive. Baju dia cantik2. Terus teruja. Pastu puas tengok baju duduk tengok pakej. Pakej starting je da max budget sy. Haha. Sy bajet cket2 je sebab xnak spend banyak untuk kenduri. Simpan untuk lepas kawen. Ramai ofismate pesan camtu. Jadi kena ikot.

Sambung pasal butik blk. Then saya mintak tengok pelamin. Pelamin dia ada range. Xleh pilih sesuka hati. Kiranya yang cantik sket harga up lg. Huhuh. Bile tunjuk pelamin kesukaan, dia cakap penah buat and boleh je nak buat untuk saya. Baju cantik2 sume kena tambah harga. Bukan cket2 hokeyh, starting RM600. Tergolek jap. Then dia sedapkan hati balik, bulan 5 nanti da jadi baju lame kot. So xyah tambah. Okay...berbunga balik. Haha. Make up pon okay. Butik ni trus keluarkan quotation.

Bila kua quotation, ada plak tambahan RM150 untuk touch up make up. OMG. Tadi masa tanya dia cakap kalau touch up sket2 boleh je. Ingatkan free. Huhuh. Overall dah suka unless for the part harga. Nak tambah bantal nikah kena tambah RM50.

 bantal nikah comelss


3. Ruzsha Bridal, Spa & Saloon

Masa sampai sini, ada sepasang bakal pengantin. Jadi ktorang x berapa nak dilayan. So sy pon tengok2 je baju yang ada. Baju dark purple x banyak pilihan. Tapi terjatuh cinta ngan baju grey+pink. Tetibe rasa nak tuka tema. Haha. Aci x? Then tengok pelamin terlalu simple untuk pakej yang saya pilih. Jadi...awal-awal dah reject. Tett.

 one of my fav...pink + black

4. Gemalai Anggun - x sure btol ke x nama

Butik ni sangat banyak baju hokeyh. Banyak jugak pilihan yang ada. Bila duduk tengok pakej. Maseh within bajet. Tapi...yang x beshnya pakej tu untuk baju songket. Nak tambah baju lace kena tambah minimum RM600 hokeyh. Trus dalam hati macam nak blah da. Tapi masih lagi tanya pasal pelamin and tengok contoh make up. Pelamin pon sangat simple untuk pakej sy. Kalau nak buat pelamin kesukaan saya kena tambah jugak. Kad pon xde. Sebab tu saya lupa nama. Huhuh. Reject jugak. Tett.


5. Mahligai Qaseh

Butik dia warna ungu. Ni kedai terakhir saya pg masa minggu pertama survey. Masuk2 je nampak pelamin untuk garden wedding. Super cantik. Tapi verangan je la ye. Tengok baju dulu. Ade jugak yang berkenan. Then duduk tengok pakej. Harga okay, within my bajet. Kalau nak pelamin kesukaan kena tambah RM300 untuk topup all the bunga. Then tengok make up okay jugak. Hehe. Pastu saya pon bangun belek baju balik dengan bersungguh-sungguh.

Baju ungu mula-mula x jumpa yang cantik sangat. Berkenan kat baju hitam putih. Suke sangat. Rase nak tuka tema lagi. My sis yang temankan dah geleng2 kepala malas nak layan. Plus dah penat sebab naik turun tangga sampai 4 butik. Bridal pertama je kat bawah, yang lain sume tingkat atas. Huhuh. Kat sini je sy try baju. Pastu tanya dia kalau baju baru kena tambah ke? Bila dia jawab x, terus macam nk amek yg ni je. Haha. Bantal nikah kena tambah RM100. One thing sy ske bout this boutique is the fitting room yg nampak exclusive. Overall suka dah except for the pelamin.


lebih kurang cmni...with the soft bulu2 carpet

6. Andaman Pesona Anggun (Kak Ani)

Bridal ni ktorang da pg mase minggu first aritu. Tapi die tutop. Ahad lepas baru ada peluang jumpa owner. Itu pon sebenarnya owner da balik pon, mase ktorang turun tangga owner dia balik semula sebab tertinggal barang. Rezeki sy kot. Masuk-masuk je super excited sebab ada baju cantik design terbaru dalam magazine. Macam bese perempuan ini terus membelek baju dengan excitednya. Haha. This time my mum, sis and danish temankan. Lepas puas belek baju, baru tengok pakej. Harga within my budget. Suke. (^____^) Sebab ape, owner dia sangat responsive and banyak bagi idea.

Mula-mula dia tanya warna tema. Sy cakapla dark purple. Then die angguk2 sambil belek mag. Pastu die tunjuk mag tu dia ckp "Kalau amek purple velvet ni lg cantik. Warna dia menyerlah and mesra gambar". Bila tengok sy terus ckp "Cantiknya...nak3". Haha. Purple velvet will be my theme then. Sy sangat happy. Then akak tu ckp lg, nak buat baju baru pon boleh. Xde extra charge. Pelamin boleh pilih mana-mana pon yang sy suke. Tapi sebab buat dalam rumah yang agak kecit limited cket pilihan yang ada. Tapi xpe, boleh cari lg nanti. Yeayness!!!

Make up pon okay. Bila tanya pasal touch up make up dia kate xde extra charge. Bantal nikah pon dia bg guna free je. Sangat bagus hokeyh. Anyway, pasal make up tu. Sebenarnya saya amek pakej sanding je taw. Sebabnye sy nak buat baju nikah sendiri. Jadinya saya mintak MUA make up dari pagi, then touch up mase reception. Tu yg mintak touch up. Pastu akak ni sekali lg dengan generousnya cakap "Kalau macam tu, time nikah kte make up simple2, mase reception tu baru kte tambah lg." Sy ape lg, terusla setuju. Sebab kalau boleh itu la yg sy nak sgt. Hehe. biasanya orang kira tu make up 2 kali da la kn.

*Penat naik turun tangga. InsyaAllah akan ambil dengan bridal ke 6, Andaman Pesona Anggun (Kak Ani). Walaupun ada 3 lg target nak pg terus cancel sebab dah jatuh hati dengan bridal APA ni. InsyaAllah by this week sy book and bayar deposit. Sekarang kena survey design yg sy nak. Alhamdulillah. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah. Amin.


antara design baru yg ada kt bridal boutique APA...tp xdela sebiji taw...ni sy pinjam kt rins suzana :)

**erk...panjangnye.ngee.

all pictures are taken from google