c l i c k 2

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Technical Visit to Taiwan : Intro

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah merasa jugak pegi Taiwan walaupun atas urusan kerja. Seronok? Of course!! Hehe. Memang tipula kalau trip fully sponsored siap diberi elaun lagi pastu kate x seronok. Ape yang menarik di Taiwan? Maybe saya x dapat cite sepenuhnya sebab pergi atas urusan kerja. Jadi kena ikut jadual yang telah dirangka. Ape-ape pon chekidawt...


Memandangkan perjalanan saya di sponsor, saya pilih untuk menaiki MAS. Heheh. Saya bertolak btol2 time tahun baru, 1 Jan 2012. Balik ke Malaysia semula on 7 Jan 2012. Mase tu kat Taiwan dah penghujung musim sejuk. Tapi dah biase ngan iklim Malaysia kan. Still jugakla demam, selsema dan badan naik merah2 sebab terlalu sejuk. 




Untuk hotel, pihak collaborator yang booked kan melalui agoda.com. Mase ni la sy mula taw pasal agoda and sampai sekarang sy prefer booked hotel thru agoda.com. Senang dan murah. Saya merasa duduk kt 3 hotel yang berbeza. Sebabnye saya travel ke 3 daerah yang berbeza sepanjang di Taiwan. Jalan-jalan? Sempatla jugak.

Mata wang Taiwan dikenali sebagai New Taiwan Dollar. Price tag kat sane diorang akan tulis NT100. Kadar mereka mase sy tukar aritu lebih kurang RM1 = NT100. Jadi sangat mudah sy nak convert time beli barang2. X perlu bawak calculator ke hulu hilir macam masa pg Bandung. Disebabkan nilai duit yang besar tu sy terase kaya jap. Haha. Tapi x sekaya mase ke Bandung lg. Hehe. (^____~)


Makanan? Haih...ni la satu benda yang buat saya rindu sangat nak balik Malaysia mase tu. Wuwuwu. Sangat susah nak jumpa makanan halal. Jadinya profesor kt Taiwan tu selalu bawak ktorang ke vegetarian and seafood restaurant. Sayur? Saya salah seorang picky eater yang x makan sayur. Kebulur je rase duk sane. Sobs. Bawak maggie pon muak nak makan seminggu direct. Da la sy x ske sangat maggie. Huhuh. Alhamdulillah survive gak sebab time pg seafood restaurant makan manyak3.

ini feveret...suke3...

Rasenye cukop da kot untuk basic di Taiwan, makan, hotel, ngan duit. Review seterusnya maybe saya buat day by day. Bandung pon x abes cite lagi. Ampun.

*En Google...pinjam gamba ye :)

Wednesday, December 12, 2012

Sesi manjakan diri di Serenity Spa Bangi

Assalamualaikum semua,

Semalam cuti Keputeraan Sultan Selangor. Boleh x saya tak tahu dari awal. Kalau tahu confirm cuti ari Isnin. Boleh rehat lama2 kat rumah. Di sebabkan taw lambat, saya x balik rumah family kt Senawang. Ingat nak ajak En Tunang sambung shopping barang hantaran. Terlebih rajin plak dia pg keje sebab nak kumpul duit. Haha. 

Disebabkan itu, malam tu jgk ligat kepala otak ni fikir nak buat ape la kn time cuti. Tetibe terasa nak pegi spa sebab penat sangat hunting for barang hantaran Ahad lepas. So saya pon startla google spa yang berdekatan. Pegi sorang2 haruslah cari yang dekat. Sesat nanti GPS pon rase xle pakai. Hehe. 



Cari punya cari tengok sume macam kena book awal je. So saya pon pasrah je la kan. Bangun hari cuti tu hati meronta-ronta nak pg spa gak. Haha. Pencarian pon bersambung. Alhamdulillah dapat jugak buat appointment dengan Serenity Spa di Bangi. Sederet ngan kedai tutti frutti. Senang je nak cari sebab Spa tu betol2 kt end middle lot.



Interior spa cantik. Bau pon besh je. Saya suke. Pembantu spa pon sangat lembut dan peramah. Music yang dipasang pon menenangkan, ala-ala cak lempong kot. Hehe. Memang sangat terujala nak berspa.

Saya pilih pakej Aromatic 4 Step. Pakej termasuk :
  • Thai Herbal Steam 
  • Full Body Aromatherapy Massage 
  • Full Body Scrub (ade pilihan coffee, coconut, rose & orange)
  • Milk Bath
Sampai-sampai je saya disambut baik oleh Kak Laila yang cantik. Saya datang awal. Jadi kena tunggu jap bilik disediakan. Treatment dibuat kt tingkat paling atas, tingkat 3. Then, bermulala first step, sauna herba selama 20 minit. Baik untuk betulkan urat kate kak laila.

perasan x mcm kelambu cream tepi katil tu, kat situla tempat sauna herba tu

Pastu sambung dengan massage. Time massage bese orang tdo kan. Tapi saya rancak duk borak ngan kak laila. Massage dia besh sgt. Yang paling besh time prakk prakk belakang badan sy. Rase lega sangat walaupon bunyinye agak ngeri. Hehe. Saya x pasti la bape lame kak laila massage sy sebab leka borak x tengok jam. Supposedly 45 min diperuntukkan untuk massage. Then 40 min utk scrub.



Untuk body scrub saya pilih aroma orange. Fresh je bau oren. Besh3. Scrub kt Serenity Spa ni menggunakan garam kasar taw. Memang sesuaila untuk menanggalkan kulit / sel mati kt badan saya ni. Yang beshnye, spa ni memang btol2 buat full satu badan. Sebelum ni saya pernah buat lulur badan, spa tu buat bahagian belakang je. Lepas je massage ngan lulur bangun nk pg mandi susu memang terase ringan je badan.



Last skali mandi susu. Besh...sebab dilayan bak puteri raja. Kak Laila siap tuang susu kt belakang badan. Ya Allah time tu dah terase lembutnya kulit saya. Hehe. Suke3. 15 minit masa diperuntukkan untuk berendam dalam air susu tu. Pastu kak laila bagi extra lulur untuk sambung scrub sendiri bahagian personal.


Finish. Siap2 pastu turun bawah untuk bayar. Sekarang ni ada year end promotion (1/12/12 - 31/12/12). So saya dapat RM160 + 6% govt tax. Harga biasa Rm420. Sebab nak secure price tu saya terus bayar untuk second session before tawen. Hikhik. Gelak gedix. Masih pertimbangkan nak buat facial ke x. Untuk brigtening facial harga promosi RM100. 4 mesin akan digunakan untuk sedut and buang kulit mati kt muka ni. Macam menarik je. Kalau en tunang nak belanje besh jgk. Hehe.

Ade macam-macam pakej disediakan. Untuk bridal package, promosi sekarang RM335. Pakej termasuk Aromatic 4 step, Brightening facial, Manicure & Pedicure.  Overall, recommended sangat untuk cuba spa ni. (^____^)(v)

*gamba sume pinjam kt en google. saya malas nak amek gamba sebab excited nak berspa je. hehe.

Monday, November 5, 2012

Family Getaway

Assalamualaikum and good evening all,

As promised earlier, let see the destination for my family getaway. Remember this picture?


It was taken from our apartment at Arabian Bay Resort at Bukit Gambang Resort City. This is the second resort build up after Carribean Bay Resort. I believe many of you guyz have been here to Gambang aite. Anyhow, I'll just share on the attractions offered in Gambang.


We were there for good two days and one night during Eid Adha. Here's some pics of the apartment at Arabian Bay Resort. The apartment can accomodate 4 adults with two separate room. Why do I feel like being the sales person for ABR. Hehe. Layankan aje.

second room

family hall

nampak tak pintu slide tu...ngee

main room


My so called review:
Love the apartment so much. Macam nak beli je sebijik if I can afford it. Love the bathroom door that used sliding concept. Save space and still rare kot in my point of view. Ade family hall, dry kitchen and self bath room.

Sadly, during our visit the pool was closed for cleaning purpose. Haih...everyone frustrated taw. Can you see how attractive the pool is, yet we do not have a chance to enjoy it. Sedih taw. Alhamdulillah got waterpark to compliment this getaway. For me, there's no point of going some place without having an activities. So, our activity here was main air sampai kembung. Haha.

Waterpark review:
Overall, if you had been to any other waterpark such as bukit merah, melaka, sunway etc you'll find that Gambang is a bit lack of facilities. Anyhow, they're still in the process of building more park for more entertainment.

We entered the waterpark on the first day visit. Sangat panas and the park sgtla packed with people. Kat coco beach tu penuh dengan orang sampai x nampak dah airnya. Haha. The most frustration part was tube sold out. What's the point of staying kalau x dapat main kan. Ktorang pon keluarla dengan kecewanya.

The next day tu barula weolls masuk and enjoy the waterpark. As early as 9.00 am ktorang dah queue utk masuk park. Dapat enjoy sepuas-puasnya sebab xde orang lg. Haha. 

weolls dapat main tree top hill slides ni smpai 3 kali

kt sini saje ade 4 slides menggunakan tube. ade dark ride.ape space ntah dah lupe n dua lagi pon lupe nama. one of the slides tu boleh naik ramai2 satu family.

Cabana ni sewanya RM45 termasuk deposit RM10 if I'm not mistaken.

ni coco beach namanya...tempat ade ombak tu.

ni kids section...tapi gelongsor yg tinggi tu ramai je orang dewasa naik termasukla sy. tapi bawak danish taw. ;)

ramai2 pusing glacier river ni...besh3...

* all piccas are courtesy of google.

That conclude my short family getaway. Bolehla masuk senarai tempat percutian ye sebab entrance ticket dia murah. Toodles. (^___^)

*excuse my bahasa rojak. ikut mood.


Wednesday, October 17, 2012

Bandung : Day 1

Assalamualaikum and good morning all,

Arini saya sambung review berkenaan trip sy ke Bandung. Untuk suggestion hotel boleh refer sini ye. Memori makin slow la, puas perah otak nak ingat balik pasal trip ni. Hehe. 

Day 1 : 15 May 2012

Kami tiba di Bandung Airport (Husein Sastranegara) pukul 8 pagi waktu Indonesia. Sampai2 terus jumpa dengan En Pemandu aka Pak Supir dan Tour Guide yang abang sy book. 

Destinasi pertama kami ialah kilang kain. Kat kilang tu memang banyakla kain sulam dan kain penuh manik. Kilang tu x besar mcm kilang kt Malaysia. Ala2 rumah pon ade. Excited sungguh ktorang memborong. Tapikan...bila compare semula dengan harga pasar baru, pasar baru lebih murah sebenarnya.

antara kain yang dipilih

Tips : Belila kain kt pasar baru. Range harga mase normal day (IDR90,000 ke IDR120,000). Kalau boleh tawar, tawar sampai lebam.

Next ktorang ke Elizabeth Mall. Mall ni x macam Mid Valley / Time Square taw. Dia ala2 parkson yang ditempatkan di satu bangunan. Camtula lebih kurang. Design kasut kt sini sy suka. Digalakkan beli sebab range harga murah. Siap ade 10% untuk pelancong. Siyes menyesal sebab x beli. Mase tu sy ingat nak usya kt pasar baru. Last2 x jmp yang besh pon.

Pastu ktorang singgah makan kat restoran nasi padang. Tempat ni agak feymes di kalangan orang Malaysia yang ke sini. Jap tepek gamba. 



Ada banyak pilihan lauk dan dia akan kira lauk yang kita makan je. Jadi pilih wisely. Kalo boleh discuss sesama ahli keluarga or kawan2 kalo nak pilih satu2 lauk. Senang dia nak kira. Saya suka makan kt sini, sedap dan harga berpatutan.

Tips : Ada penjual jalanan yang xkn putus asa jual macam2 kt luar restoran ni. Ignore je sebab harga barang diorang jauh lebih mahal dari pasar baru. Tapi sy beli jugak pen yg ada ukir2 nama sebab bile tanya tour guide tu ade x kt pasar baru die kate xde. (^___^)

Then ktorang gerak terus ke pasar baru untuk ricky harga. Plan asalnya la nak tengok2 je. Tup2 trus beli telekung hantaran, telekung sendiri, telekung untuk kawan and FMIL. Hehe. Pastu jalan2 lagi sampai penat. 

 banyak sgt telekung kt sini...rambang mata nak pilih...yang jual pon cantik

Tips : Tawar start dengan harga paling murah. Kalo boleh ckp ngan tour guide nak jalan sendiri. Sebab kedai yang tour guide bawak biasenye mahal sebab diorang mark up utk tips tour guide tu.


Barulah ktorang check in ke hotel POP City tu. Ktorang dapat bilik kt tingkat paling atas. Kalau x salah tingkat 8. Rehat jap, mandi and solat ktorang gerak untuk dinner. Tour guide tu bawak ktorang pg makan kt restoran Sangkuriang. Makanan dia boleh tahanla. Kalo x salah specialty restoran tu ayam penyet. Air best cola susu. Bandung soda kt sini x besh sgt.
*thanx to Cik Puan Mimi sebab inform wilujeng sumping tu as selamat datang in Indonesia

check in

 dah nak balik...danish pon da tido

End of Day 1.

Friday, October 12, 2012

Tips to whiten your teeth

Assalamualaikum and salam jumaat all,

Arini saya dapat email berkenaan info menarik. Jadi saya share di sini. Saya pasti ramai b2b yang makin dekat dengan hari bahagia mereka suke dengan tips menarik ni. Mungkin juga da ramai yang taw.



Tips mudah yang x memerlukan belanja yang besar. Saya sendiri x pernah cuba. Tapi worth to try kn. Jom cuba. (^____^)V

Thursday, October 11, 2012

Bandung : Hotel & Flight

Assalamualaikum and good afternoon everyone...

Hehe. Dah macam cikgu greet anak murid plak. Anyway, nak review trip ke Bandung yang lepas. We were there for good 5 days and 4 nights. Sy dapat tiket murah masa promosi akhir tahun Air Asia if i'm not mistaken. Total tiket untuk perjalanan 2 hala lebih kurang RM180++.  

For the hotel, I did booked thru agoda.com. Hotel yang dipilih Pop! Hotel Bandung Festival CTLink. Tips...pilih hotel berdasarkan review yang ade. 80% boleh percaya. Book awal untuk penjimatan berganda.

 ni lah hotelnya...warna warni...ceria sangat

Rate kurang RM100 masa saya book tu. Bilik pon sangat selesa.  Hotel ni attached dengan mall. Tapi mall tu macam xde ape sgt. Ktorang sempat beli roti mase malam last di Bandung je kt mall tu.Yang beshnye hotel dia baru dan bathroom dia sangat unik. Macam capsule bathroom.

Kalau nak tengok view dalam bilik hotel boleh refer kt agoda.com. Ni gamba yang sy dan keluarga ambil sendiri.  Bolehlah compare gamba marketing dengan real view menggunakan kamera biasa kami. Hehe.







Satu lagi feature yang best kt hotel ni ialah wifi. Internet dia laju. Macam-macam game saya download time kt sane. Hehe. Dalam agoda tu kalau x salah saya xde mention ape2 pasal breakfast. Tapi hotel sebenarnya ada sediakan the so call quick bite. Which diorang sediakan nasi yang ade tempe, telur, dan ayam ala-ala serunding. Saya pon x sure sangat. Tapi nasi dia hari2 tukar warna. Rase same je. Pastu lauk tu die rotate antara 3 yang saya sebut td. Setiap hari nasi disediakan bersama dua side dish (tempe / telur / ayam) dan sambal. Ada tambahan bubur nasi yang super sedap. Tapi yang tu kena bayar 8,000 rupiah rasenye.

Tu je la review untuk hotel dan flight. InsyaAllah saya akan tambah ape2 yang saya tertinggal from time to time. 

*gambar atas sekali taken from agoda.com (^____^)(v)

Wednesday, April 13, 2011

nk muda tak?

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Sume... (^___~)

Ehehe...blom pape tajuk da bg soalan kn...okay2...sape nk muda?angkat tangan....terima kasih untuk respon anda...hehe...yg hujung tu...meh cni sy nk bg petua awet muda...kamu serius nk muda ni?eheheh...

Okay2....enough with the ngarut2...well...lately sy agak kerap dikelilingi org yg awet muda...so...ape lg...korekla rahsia kn...sape xmo awet muda...yg jawab xmo tu tipu...agaga...satu petua yg sy dapat...yg menarik minat sy untuk cuba...tp smpai la ni x cube2 lg...

I know this cute little gurl masa meeting...wee...sgt3 chumeyl walopon umur die da 28 hokeyh...malu je i...i br 2? tett...padahal ade je profile tepi tu tahun lahir sy kn...so kirela sendiri...uwaa...da tua...hukhuk...da2...blk pd cite...she looks like she is in almost my age or even younger...

Borak punya borak sy tanyala rahsia awet muda...guess what...simple sgt petua die...minum rebusan air + madu + kulit kayu manis ...minum setiap pg...die amalkan since form 3...eyh2...x terlambat lg ke nk cube skrng...better late than never kn...hehe...

Banyak lg petua awet muda ni...baca surah an-nur n mcm2 lg...so...terpulang pada anda nk cube yg mane...so...selamat mencuba ye syg2 ku...bile i nk cube ni...sobs2...

motif upload...suke2... :p
degree kesengetan yg melampau...agaga...

Wednesday, February 23, 2011

Tips perniagaan dr Orang Cina (^___^)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera all,

Ape khabar sume orang...hope baik2 hendaknya...Arini sy ade mase cket utk dicuri...so sy nk share tips yg baru sy dapat dr cderluck . Seyes besh...x tipu...bacela k...insyaAllah yang baik kte jadikan pedoman, yg kurang baik kite jdkan pengajaran... (^___~)



Entry dah diubah serba sedikit mengikut dekorasi aishah...hehe...

Wajib baca!!!
1. Kerja makan gaji itu sementara, untuk pengalaman hidup.

Orang cina berpendapat, perlu berniaga untuk membangun masa depan dan keturunan mereka.

2. Pelanggan lebih penting dari untung

Untung jangan letak banyak2, sedikit tapi berterusan,

Pelanggan adalah raja, kehilangan pelanggan adalah musibah. (sebab tu ade quote : Customer is always right)

Keuntungan boleh dicari , pelanggan setia sukar ditemui.

3. Orang cina jarang bankrup, kecuali 2 perkara:

Berjudi dan kaki perempuan/ada perempuan simpanan.

4. Modal orang cina 1 mangkuk mesti dapat balik 5 mangkuk,

1 mangkuk untuk keluarga,

1 mangkuk simpanan,

3 mangkuk untuk modal balik.

5. Kalau mereka ditawarkan pinjaman untuk modal,

mereka akan tanya, berapa bunganya ?
bukan berapa ansuran tiap-tiap bulan ?

Haa...setuju x?Ni la realitinya...Kalau bukan sekarang, bile lg kte nk bukak mata kn...So...renung2kan...dan selamat beramal...hehe...Thanx again to cderluck sebab sudi berkongsi... 

(^___^)

Sunday, January 9, 2011

best therapy ever part 2 : bercuti

Assalamualaikum dan Salam Hujung Minggu buat semua...

Mane menghilang?Eyh...sape kate hilang....x hilangla...ade je ni ha...cume tangan ni da x gheti nk menghupdate blog...ahaha...tipu3...sebenanye tangan ni rajin je nk menari atas keyboard...cume mase je mencemburui...hahah...alasan je kn...x abes2 bg alasan...alaa...layankan aje hokeyh... bz cket ngan keje...da la saat2 mendebarkan ni nk tunggu keputusan sy dapat confirm trus ato extend contract lg 6 bulan...huhuh...tolong doakan sy confirm trus moleyh?acih... (^___^)



Okay2...namo cite pasal confirm...na cite pasal best therapy...na hilangkan stress...aik...nape part 2?ade part 1 ke...haa...mestila ado dek...ekeke...first one best theraphy is shopping...sy malas nk cr pastu buat link2 bagai...kalo terase nk bace cari kt archive...hehe...sowi ek...sy malas banyak...agaga...


Awak pasti ke bercuti ni theraphy yg bagus....hahaha...haruslah...kte mesti yakindengan diri sendiri...well...sy x ckpla this thing applicable to all type of human being...ape yg sy pasti, it is apllicable to me...nak2 lg...theraphy pertama (shopping)...sy suke sgt bile org ajak g shopping...tp sy x suke sgt bile duit habes...uwaa...ade x shopping yg mendatangkan duit...ekeke...


x saba nk g bercuti...weewuu...


Tahun lepas pg Pulau Tioman...so tahun ni duk rancang2...tataw lg nk g mane...bile ade Danish ni banyak benda nk kena consider....adela plan2 nk g Pulau Redang...tp...kalo nk g pulau cian plak kt mama die...xleh nk follow...nk pg snorkelling sume x beshla kn...g pulau ape lg aktiviti faveret kalo x snorkelling kn... (~__~)


 subhanallah...

Pastu terfikir plak nk g Bandung...mcm besh je kalo dapat g shopping kt bandung tu...x gitu...ni plan paling besh ni...gabung due theraphy...shopping smbil bercuti...wallaweyh...sibuk duk fikir...nk pg melalui pakej atau pg sendiri...kalo pakej macam mahal je...all-in pakej around 900++...ape je tinggal untuk shopping...uhuhuh...da la nk kena cover my lil sis si jimah senget...agaga...xpe2...fikir lg...


 tangkuban perahu...

Singapore...ouh...uniknya2...Singapura...ala2 iklan adibah nor nyanyi tu...haha...baru2 ni my sis suggest nk g universal studio kt singapore...macam menarik...tp tataw la kn...bile pikir2 pon okay gak untuk Danish...sebab time nk membesar ni die ske sgt2 dengan warna warni n lampu2...


 haa...memang heypeningla warna n lampu2 yg ade...


Tu je yg ade dalam perancangan untuk bercuti...tp baru masuk dalam senarai untuk considerationla...agak2 ade x cadangan menarik untuk g mane?kalo ade minta suggest...acih... (^___~)