c l i c k 2

Monday, December 31, 2012

End of the Year

Assalamualaikum olls,

Today is the last day of the year ye murid2. Haha. Okay...end of the year does not mean end of the world kan. Jadi...mari kte enjoy. Tetibe plakkan. Feeling nora danish jap. Maaf sebab kemerapuan dah berpanjangan pula.

suka sangat3 baju nora danish pakai ni

Nak cite pasal baju nikah lagi. Haha. Tak habes2 lagi ini perempuan okeyh. Maaf2. Layankan je la ye. Sebelum tu nak cakap terima kasih yang tak terhingga pada yang sudi memberi pendapat. Tak kirala di ruangan komen mahupun shoutbox. Sangat3 berharga okay pendapat anda semua. Uolls rock. Hehe.


 Dengan ini, cheh. Dengan inila sangatkan. Saya telah memutuskan untuk membuat kedua-duanya sekali. Haha. Dasar tamak halobakan. Xde. Macam ni...saya sebenarnya dah beli kain taw. Pastu mase beli kain chiffon tu, dah nak abes. Tinggal 3 meter je. Jadi memang muat nak buat dress je la. So dah alang2 ada saya pon proceed dengan idea asal. Semalam dah siap buat pola depan ngan lengan. Esok sambung pola belakang and gunting kain. Please wish me luck. Gegeh si bukan tukang jahit ni nak jahit baju sendiri taw.

credit to le pemurah blogger hunniefunnie sebab sudi share tutorial yang sangat membantu saya


Pastu yang peplum plak maybe saya akan tempah jugak peplum yang memang designed specially for my 'rendang' size. Kekeke. Takde tempah kt butik bagai pon. Suh housemate baru je tolong jahitkan. Boleh camtu? Memandangkan tarikh x berapa nak dekat (hujung bulan 5 nanti) bolehla saya bereksperimen dulu. Did I mention, my new housemate sumenye tukang jahit. Senang sket kerja2 mendesign baju saya boleh dilaksanakan. InsyaAllah.



Ape lagi ek, progress hantaran berjalan dengan jayanya mengempiskan dompet en tunang and purse saya. Uwaa...duit mengalir macam air. Tinggal sunglasses en tunang ngan satu lagi barang saya (yang makanan xkan nak beli sekarang kn). Maybe beli jam je kot. Xleh nak mintak macam2 sebab dah banyak sangat duit keluar. En tunang kata kalau spend banyak2 lepas kawen makan nasi ngan ikan masin. Kehkehkeh. Saya da la x makan ikan masin. Kenala makan nasi kosong. Takmo3.

 kalau camni boleh jgk saya makan telur.hukhuk.

*Iolls terharu bila ada yang suka baca my coretan merapu kt blog ni. Hehehe. Excuse my gedikness. Saya memang gedix sejak lahir. Haha.  (^___~)

Macam bese...all piccas credited to google.

Friday, December 28, 2012

Baju Hantaran dan Nikah

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Alhamdulillah...saya dah jumpa baju untuk hantaran. Rabak poket en tunang. Hehe. Semalam mase cube2 baju adela dua orang macik ni nak membeli baju jgk. Mase saya keluar tunjuk kat en tunang macik ni pon bagi pendapat. Ouh...sangat baik hati dan sangat membantu. I loike. Jadi pilihan baju semalam memang saya sangat berpuas hati. Alhamdulillah.

 Design baju hantaran ala2 ni, tapi warna lain - Source from google

Kasut for me pon dah jumpa. Ada pogress untuk hantaran. YES da nak abes ni. Harus speed up everything. Kasut yang en tunang suka asek out of size je. Sabo je la. Semoga dipermudahkanlah urusan untuk kami jumpa apa yang dicari. Amin.

Pastu nak cite pasal baju nikah. Mula-mula kan saya dah plan nak buat dress biasa je pon. Pastu tetibe dah demam peplum, si gedix ni nak jugak ikut fashion semasa. Hahaha. Bukan ape, bila tengok design peplum tu macam boleh tahan, hati ni meronta-ronta la nak pakai peplum jgk. Hehehe.

Sekarang tengah pening nak amek design mana. Susah btol lalang ni, sungguh x tetap pendirian. Mane lagi cantik ek?

Inspired by pn lijah dress...I heart this dress...Rase nak buat base yang same with different detailing.

 Taken from google...macam cantik, tapi x pasti sesuai ke dengan saya yang agak kurang tinggi ni.

Ini gorgeous, tapi untuk dipandang je la. Tak pasal kena ceramah ngan imam plak time nikah nanti. Hehehe.

Ouh...dilema...dilema. Mane satula yang akan menjadi pilihan hati agaknya. Mind to give opinion to me? Pwetty please. Thanx a lot. (^___^)

Pssst : Tetibe rase macam badan naik seperti di pam-pam. Huhuh. Nak kate bahagia sangat xdela pon. Saiz baju dah naik okeyh. Kena jaga makanla cmni. Karang x muat baju kawen nanges. Huhuh.

Monday, December 24, 2012

Segmen Cerita & Azam Saya by Shima Mazlan

Assalamualaikum semua,

Hye3...di saat saya menaip ni. Ofis lengang sangat3. Sume sibuk bercuti. Saya je x cuti sebab cuti dah abes. Uwaa...Sedih btol. Tapi xpe, bila xde orang saya bolehla duduk dengan aman. Haha. Ayat sedapkan hati. Kali ni saya join segmen lagi. Kali ni my lovely friend eza ezara yang tag. Sebelom saya tag, ghupenye dia dah tag sy dulu. Pantas sungguh.

Segmen kali ni berkaitan azam yang dianjurkan oleh Shima Mazlan. Nak tgk syarat boleh klik banner kt bawah ye.


Setiap tahun azam saya agak random. X spesifik pada satu2 perkara. Azam saya selalunya "Nak jadi lebih baik dari sebelumnya, nak bahagiakan mak ayah, nak capai sesuatu yang membanggakan"
source from google

  Nampak kat situ? Random sungguhkan. Contoh nak jadi lebih baik, lebih kerap kemas bilik, x tangguh keje etc. Contoh nak bahagiakan mak ayah, boleh belanja makan tempat besh, bawak mak ayah bercuti dan paling penting sekali denga cakap mak ayah. Capai sesuatu yang membanggakan macam dapat award paper terbaik, dapat secure projek utk section etc. 
Alhamdulillah. Syukur3 sangat sebab kebanyakkan yang saya impikan / azamkan secara random tu tercapai. Sepanjang 2012 ni pon banyak benda yang berlaku macam kereta kena pecah, rumah masuk pencuri misteri, gaji naik, selamat bertunang, and banyak lagi. Walaupon perkara x baik terjadi Allah kurniakan balik kemanisan yang tak terhingga. Alhamdulillah.
Ape azam saya untuk 2013?
1. Still, nak jadi lebih baik dari sebelum ni. Nak get rid cket2 habit buruk macam cakap perkataan sengal, bengong etc.
2. Nak buat mak ayah senyum3 dan bahagia ada anak macam saya. :')
3. Nikah dengan en tunang. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.
4. Cukopkan duit nak pg umrah. Semoga dilimpahkan rezeki. Amin.
5. Nak present paper kt conference luar negara plak. Amin.
 muka penuh berazam ni..hehe, source from google

Cukopla rasenye. Banyak sangat takut tak tercapai dek kudrat yang terbatas ni. 
Dengan ini saya tag;
Acik - buat taw acik, kate ketandusan idea. Hehe.
Anna 
dan yang sudi memeriahkan lg segmen ni. Joinla taw. :) Hadiah dia besh2. Tarikh tutup lambat lg, 31 January 2013. Selamat bersegmen.

Friday, December 21, 2012

Segmen Blogger Muslimah by Syafiqah

Assalamualaikum semua,

Saya buat2 bz jadi banyak kali jugak tak join tag segmen dari rakan blogger. Maaf ye. Saya memang nak sangat join and sokong blogger2 yang rajin ni. Tapi saya betul2 bz. Okay...enough with mukadimah. Saya join segmen blogger muslimah. Kak Fuza yang cantik tag sy. Terima kasih akak. :) Macam mana nak join? Mudah je, chekidawt:
Kalau nak join boleh klik kat sini ye. Kat situ boleh semak syarat penyertaan. Memang mudah. Jomlah join dan sokong segmen yang besh ni. Bak kata syafiqah, insyaAllah boleh mengeratkan lagi ukhuwah antara kita blogger muslimah. InsyaAllah. :)
Dengan ini saya tag insan bertuah:
- Acik
- Eza
Due date : 25 Disember 2012 11.30 pm
 
Saya pinjam quote dari syafiqah untuk di share dengan rakan2 blogger yang lain;
"A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance"

Tuesday, December 18, 2012

Wedding Preps : Hantaran

Assalamualaikum semua,

Bila dah nak masuk tahun baru ni, mood persiapan kahwin memang kena activate sepenuhnya. Huhuh. Tengok kawan2 b2b lain preparation sangat rapi. Suke je tengok. Tapi disebabkan my en tunang sangat malas nak melayan tunang dia ni, dengan saya2 jadi slow sket nk fikir pasal preparation. 



Antara persediaan yang dah dibuat cket2 is booking2 benda penting macam catering, bridal n photoG. Yang tu dah siap. Untuk cadar, langsir, kain2 utk baju pon alhamdulillah dah beli. Hantaran pulak memang saya dah set nak beli time YES sebab nak mendapatkan penjimatan berganda kononnya. Hehe.


Jadinya start YES aritu memang aktiviti melenguhkan kaki tawaf super market, hyper market dan sekutu dengannya dijalankan. Hahaha. Jap2. Nak senarai barang hantaran yang dirancang suke suki oleh saya. En tunang layankan aje. (^____~)

 source from here

From me to him - 9 dulang

1. Jam Tangan - done
2. Sunglasses
3. Belt + Wallet + Pen - done
4. Perfume - done
5. Kasut
6. Sirih Junjung
7. Coklat
8. Buah
9. Kek

From him - 7 dulang

1. Gelang dan Mas Kahwin
2. Sepasang Baju
3. Handbag - done + Kasut
4. Xde idea lagi (nak jam / macbook) *time ni la nk mintak macam2, haha
5. Sirih Junjung
6. Kek
7. Coklat / Buah

 en tunang...nak ni boleh x?hehe

4 items je yang dah jumpa. Lain2 masih pending. Gelang dari aritu nak beli tak terpegi2 beli. Alhamdulillah ade sikit progress.

"Ya Allah permudahkanlah urusan kami dan berkatilah persiapan kami. Amin ya Rabbalalamin."

Monday, December 17, 2012

Technical Visit to Taiwan : Intro

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah merasa jugak pegi Taiwan walaupun atas urusan kerja. Seronok? Of course!! Hehe. Memang tipula kalau trip fully sponsored siap diberi elaun lagi pastu kate x seronok. Ape yang menarik di Taiwan? Maybe saya x dapat cite sepenuhnya sebab pergi atas urusan kerja. Jadi kena ikut jadual yang telah dirangka. Ape-ape pon chekidawt...


Memandangkan perjalanan saya di sponsor, saya pilih untuk menaiki MAS. Heheh. Saya bertolak btol2 time tahun baru, 1 Jan 2012. Balik ke Malaysia semula on 7 Jan 2012. Mase tu kat Taiwan dah penghujung musim sejuk. Tapi dah biase ngan iklim Malaysia kan. Still jugakla demam, selsema dan badan naik merah2 sebab terlalu sejuk. 




Untuk hotel, pihak collaborator yang booked kan melalui agoda.com. Mase ni la sy mula taw pasal agoda and sampai sekarang sy prefer booked hotel thru agoda.com. Senang dan murah. Saya merasa duduk kt 3 hotel yang berbeza. Sebabnye saya travel ke 3 daerah yang berbeza sepanjang di Taiwan. Jalan-jalan? Sempatla jugak.

Mata wang Taiwan dikenali sebagai New Taiwan Dollar. Price tag kat sane diorang akan tulis NT100. Kadar mereka mase sy tukar aritu lebih kurang RM1 = NT100. Jadi sangat mudah sy nak convert time beli barang2. X perlu bawak calculator ke hulu hilir macam masa pg Bandung. Disebabkan nilai duit yang besar tu sy terase kaya jap. Haha. Tapi x sekaya mase ke Bandung lg. Hehe. (^____~)


Makanan? Haih...ni la satu benda yang buat saya rindu sangat nak balik Malaysia mase tu. Wuwuwu. Sangat susah nak jumpa makanan halal. Jadinya profesor kt Taiwan tu selalu bawak ktorang ke vegetarian and seafood restaurant. Sayur? Saya salah seorang picky eater yang x makan sayur. Kebulur je rase duk sane. Sobs. Bawak maggie pon muak nak makan seminggu direct. Da la sy x ske sangat maggie. Huhuh. Alhamdulillah survive gak sebab time pg seafood restaurant makan manyak3.

ini feveret...suke3...

Rasenye cukop da kot untuk basic di Taiwan, makan, hotel, ngan duit. Review seterusnya maybe saya buat day by day. Bandung pon x abes cite lagi. Ampun.

*En Google...pinjam gamba ye :)

Wednesday, December 12, 2012

Sesi manjakan diri di Serenity Spa Bangi

Assalamualaikum semua,

Semalam cuti Keputeraan Sultan Selangor. Boleh x saya tak tahu dari awal. Kalau tahu confirm cuti ari Isnin. Boleh rehat lama2 kat rumah. Di sebabkan taw lambat, saya x balik rumah family kt Senawang. Ingat nak ajak En Tunang sambung shopping barang hantaran. Terlebih rajin plak dia pg keje sebab nak kumpul duit. Haha. 

Disebabkan itu, malam tu jgk ligat kepala otak ni fikir nak buat ape la kn time cuti. Tetibe terasa nak pegi spa sebab penat sangat hunting for barang hantaran Ahad lepas. So saya pon startla google spa yang berdekatan. Pegi sorang2 haruslah cari yang dekat. Sesat nanti GPS pon rase xle pakai. Hehe. 



Cari punya cari tengok sume macam kena book awal je. So saya pon pasrah je la kan. Bangun hari cuti tu hati meronta-ronta nak pg spa gak. Haha. Pencarian pon bersambung. Alhamdulillah dapat jugak buat appointment dengan Serenity Spa di Bangi. Sederet ngan kedai tutti frutti. Senang je nak cari sebab Spa tu betol2 kt end middle lot.



Interior spa cantik. Bau pon besh je. Saya suke. Pembantu spa pon sangat lembut dan peramah. Music yang dipasang pon menenangkan, ala-ala cak lempong kot. Hehe. Memang sangat terujala nak berspa.

Saya pilih pakej Aromatic 4 Step. Pakej termasuk :
  • Thai Herbal Steam 
  • Full Body Aromatherapy Massage 
  • Full Body Scrub (ade pilihan coffee, coconut, rose & orange)
  • Milk Bath
Sampai-sampai je saya disambut baik oleh Kak Laila yang cantik. Saya datang awal. Jadi kena tunggu jap bilik disediakan. Treatment dibuat kt tingkat paling atas, tingkat 3. Then, bermulala first step, sauna herba selama 20 minit. Baik untuk betulkan urat kate kak laila.

perasan x mcm kelambu cream tepi katil tu, kat situla tempat sauna herba tu

Pastu sambung dengan massage. Time massage bese orang tdo kan. Tapi saya rancak duk borak ngan kak laila. Massage dia besh sgt. Yang paling besh time prakk prakk belakang badan sy. Rase lega sangat walaupon bunyinye agak ngeri. Hehe. Saya x pasti la bape lame kak laila massage sy sebab leka borak x tengok jam. Supposedly 45 min diperuntukkan untuk massage. Then 40 min utk scrub.



Untuk body scrub saya pilih aroma orange. Fresh je bau oren. Besh3. Scrub kt Serenity Spa ni menggunakan garam kasar taw. Memang sesuaila untuk menanggalkan kulit / sel mati kt badan saya ni. Yang beshnye, spa ni memang btol2 buat full satu badan. Sebelum ni saya pernah buat lulur badan, spa tu buat bahagian belakang je. Lepas je massage ngan lulur bangun nk pg mandi susu memang terase ringan je badan.



Last skali mandi susu. Besh...sebab dilayan bak puteri raja. Kak Laila siap tuang susu kt belakang badan. Ya Allah time tu dah terase lembutnya kulit saya. Hehe. Suke3. 15 minit masa diperuntukkan untuk berendam dalam air susu tu. Pastu kak laila bagi extra lulur untuk sambung scrub sendiri bahagian personal.


Finish. Siap2 pastu turun bawah untuk bayar. Sekarang ni ada year end promotion (1/12/12 - 31/12/12). So saya dapat RM160 + 6% govt tax. Harga biasa Rm420. Sebab nak secure price tu saya terus bayar untuk second session before tawen. Hikhik. Gelak gedix. Masih pertimbangkan nak buat facial ke x. Untuk brigtening facial harga promosi RM100. 4 mesin akan digunakan untuk sedut and buang kulit mati kt muka ni. Macam menarik je. Kalau en tunang nak belanje besh jgk. Hehe.

Ade macam-macam pakej disediakan. Untuk bridal package, promosi sekarang RM335. Pakej termasuk Aromatic 4 step, Brightening facial, Manicure & Pedicure.  Overall, recommended sangat untuk cuba spa ni. (^____^)(v)

*gamba sume pinjam kt en google. saya malas nak amek gamba sebab excited nak berspa je. hehe.

Friday, December 7, 2012

Photographer Booked

Assalamualaikum and good morning semua,

Alhamdulillah...akhirnya the choosy me dah pon booked photographer. Hehe. Selepas sesi photographer hunting yang memakan mase berbulan-bulan jugakla. Sampai penatla. Haha. Last2 saya pon ambikla keputusan untuk pilih Adam Luqman Photo. Selesai one more big thing. Lega bila dah berkurang pending kat checklist. Saya suke. Saya suke.


Bila tengok2 balik entry kt blog saya ni, seciput je persediaan kawen. Haih. En tunang makin bz lepas keje kat tempat baru ni. Pastu tunang die ni plak cerewet. Bila nak pegi mane2 mesti nak en tunang ade skali. Hehe. So gedix kan. 

Okay2..back to photographer story. Ni pakej yang saya ambil.


Ape yang saya suka dengan AdamLuqman Photography?
  •  Gamba yang ceria (sebab terang kot..bila terang efek ceria tu timbul)
  • Susunan album yang kemas
  • Bajet yang sesuai dengan saya (ade diskaun 10% utk premium pakej)
  • Banyak sangat yang saya dapat (ade 7 benda, boleh refer kt page Adamluqman)
  • Photographer yang sangat responsive (En Zuan)
  • Deposit paling affordable (10% je okay)
  • Sebab bestla. Haha.
*Kalau nak tengok2 bolehla klik link kat atas ye. 

Hehe. Lega hati bila selesai satu benda. Lepas ni nak cari pose yg sy suke. Kalau xde idea boleh tiru pose yang ade kn. Haha. Berangan lagi. Memang besh berangan ni. Rase terapung-apung di awangan you. 

 nak macam ni boleh.sweet je.sowi gamba seksi.pinjam kt google.

Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Amin. InsyaAllah. (^____^)

Wednesday, December 5, 2012

Hujan itu Rahmat

Assalamualaikum semua,

Bila langit mula mendung, tandanya hari maw hujan.


Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye" Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la macam ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah sungutan itu lebih baik digantikan dengan DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya. Antaranya:

1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram / tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Ambillah peluang untuk berdoa di waktu mustajab. Sayangkan kalau mengeluh di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga menjadi iktibar untuk peringatan kita. InsyaAllah.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)
 
Jom berdoa banyak2. Terasa rugi tak guna peluang yang ada selama ni. Saya sendiri pon kadang-kadang merungut bila kain x kering. Astaghfirullah. 


Artikel ni saya panjangkan dari perkongsian kawan satu ofis. Semoga kita semua beroleh manfaat. InsyaAllah. (^____^) 

Friday, November 30, 2012

Klinik Pergigian di Senawang

Assalamualaikum semua...

Sape suke jumpa Dr Gigi? Me x ske, takot. Hehe. But everything berubah since my elder sis jadi dentist. Dah jumpa hari2 xdela takot kan. Plus, dia sangat lembut okay. Walaupun sekarang sy ada panel klinik gigi lain, sy x penah pg klinik panel tu sebab dah selesa dengan my sis. 

my sis aka Dr Gigi

Alhamdulillah, baru-baru ni my sis dah bukak klinik gigi sendiri di Senawang and lagila senang nak dapatkan rawatan dari dia. Entry ni sekaligus nak promote klinik my sis to every potential customer especially yang bermastautin di area Senawang untuk ke Klinik Pergigian Shaida kat Taman Cempaka, Senawang. Yang duduk area lain kalau singgah Senawang tetibe tersakit gigi bolehla jgk datang sini. Datang taw. Tapi xdela makan2, untuk rawatan gigi je.



Rate untuk rawatan lebih murah berbanding area Selangor and KL. Kalau nak buat bleaching ke, gigi palsu ke bolehla try ke sini sebab sekarang tgh ada promosi. Untuk waktu rawatan pulak, klinik dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Setiap hari tu termasuk Ahad taw. Isnin - Khamis and Sabtu dibuka dari 9.00 pagi sampai 9.00 malam. Untuk Ahad pula, 9.00 pagi sampai 5.00 petang. (Kasi can Dr berehat dengan family) Boleh refer waktu rawatan kat bawah untuk pemahaman yang lebih jelas.



Some piccas sekitar klinik. Checkidawwt:

 My sis with assistantnye

 waiting area 1

 children area

 danish pon nak tolong mama

 waiting area 2

Setakat ni interior klinik masih dalam proses penambah baikkan lagi. InsyaAllah ade rezeki nanti boleh hias sana sini.

 Jom pakat mai ramai2. Hehe. 

Alamat klinik :

Klinik Pergigian Shaida
No. 41 Jalan Cempaka 28
Pusat Komersial Cempaka
70450 Senawang
Seremban 
N. Sembilan.

Contact Number :

019-2776401 

Website :

Klinik Perigigan Shaida


Memandangkan soalan berkaitan kadar rawatan tak putus2 since saya buat entry ni. Saya pon mengambil langkah bijak menyenaraikan kadar rawatan untuk semua. Saya ni selalu outstation sebenarnye. So kesian kat orang yg tanya duk tunggu saya jawab berminggu2 jugakla kekadang tu. Everyone...kindly refer range harga rawatan di bawah ye:

Tampalan Kanak-Kanak

Amalgam @ warna gigi = RM30 - RM40

Tampalan Dewasa

Amalgam (Warna Silver) = RM45 - RM90
Warna Gigi - RM50 = RM100

*harga bergantung pada saiz tampalan
Cabutan Kanak-Kanak

Gigi depan tanpa injection = RM25
 Gigi depan dengan injection = RM30
Gigi geraham = RM40

Cabutan Dewasa

Gigi depan = RM45 - RM90
Gigi geraham = RM50 - RM95
Surgeri = RM250 - RM350
**jahitan tambah RM10
*harga bergantung pada kadar kesenangan cabutan

Rawatan Akar @ Root Canal Treatment

Gigi depan = RM250
Gigi geraham kecil = RM300
Gigi geraham besar = RM400

*untuk sebatang gigi

Gigi Palsu

Tapak = RM70
Setiap batang gigi = RM25
Repair gigi palsu = RM25 - RM35

Braces

*ini soalan faveret sgt ni...saya cume bagi range harga. Ape-ape boleh jumpe Dr and consult untuk harge penuh ye ;)

 Conventional system = RM3,500 - RM5,000
Damon system (ni yg latest) = RM5,500 - RM6,000
Damon clear = RM6,500
Retainer biasa (atas & bawah) = RM400
Retainer essix (clear) - atas & bawah = RM600
 Lain - lain

Crown @ Bridge (1 unit) = RM500
Bleaching @ putihkan gigi = RM500
**untuk pertanyaan lebih detail boleh call direct no kat atas atau lebih senang datang klinik consult ngan Doktor. No worries. Akak saya orang paling lembut dalam dunia pada saya. Siyes ni.